AS1M, Pelaburan Saham Disokong Kerajaan & Untuk Jangka Masa Panjang
# Gaya Hidup # Trending Semasa

AS1M, Pelaburan Saham Disokong Kerajaan & Untuk Jangka Masa Panjang

post by Aisya

by Aisya

Apr 23, 2018
pada 9:43 AM

Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) adalah satu pelaburan saham yang disokong oleh pihak kerajaan. Melalui pelbagai portfolio pelaburan yang ditawarkan, AS1M menawarkan aliran pendapatan tetap untuk setiap pemegang unit amanah sambil mengekalkan modal pelaburan mereka untuk jangka masa panjang. 

Objektif pelaburan AS1M adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Ia dilancarkan pada 2009 bagi mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan konsisten dan berterusan selain mengekalkan modal pelaburan pemegang unit dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Pelabur Sasaran

  • Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang
  • Pelabur yang memahami pulangan dan risiko
  • Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada

Siapa je yang layak untuk buat pelaburan ni? 

  • Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas)
  • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah)

Untuk pengetahuan korang, harga seunitnya adalah RM 1.00 dan bentuk pelaburan secara tunai atau skim pelaburan ahli KWSP pun boleh juga. Ia juga tiada had pelaburan maksima dikenakan kepada pelabur AS1M

Pembayaran balik jualan adalah secara serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.

Untuk lebih lanjut, korang boleh semak di sini.