''Ayah Bawa Kereta Lama, Kami Pakai Kereta Selesa...'' Kisah Keluarga Ini Pasti Buatkan Ramai Tersentuh
# Trending Semasa

''Ayah Bawa Kereta Lama, Kami Pakai Kereta Selesa...'' Kisah Keluarga Ini Pasti Buatkan Ramai Tersentuh

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 16, 2018
pada 7:54 AM

Sejak kecil lagi, kita dibela dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa kita. Setiap perit jerih dan pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihitung dan dikira oleh mereka. Setiap permintaan yang diminta pasti akan cuba untuk dipenuhi.

Apa yang dikongsikan oleh wanita ini pasti akan menyentuh banyak perasaan pembaca-pembaca di sini. Lihat perkongsian Nor Haliza Samsudin Jim melalui Facebook beliau.

 

KERETA BARU BUAT AYAH

Kami adik beradik xsampai hati tgk ayah bwk kereta lama. Aircond xde, byk yg rosak, xselesa. Sedangkan kami semua naik kereta yg selesa.

Maka, perbincgn bermula untuk belikan ayah sebiji kereta. Perancangan demi perancangan untuk buat suprise.

Dan akhirnya, 9 mei 2018, sempena hari mengundi, dpt juga kami semua berkumpul untuk serahkan kereta untuk ibu dan ayah.

Bukan kereta mewah kami dapat belikan, hanya kereta kecil ikhlas dr jiwa kami yg besar untuk ibu ayah tersayang.

Maaf lah ibu ayah, byk sgt kami terpaksa "menipu" untuk buat suprise utk ibu ayah.

"Biar 1 dunia membenci, kami tetap di sisi"

Ayat ayah semalam, "ayah tengah mandi pun terasa nak nangis, tersenyum sendiri."

Ikhlas dr kami Iwan Wan Sabariah A. Rahim Mohd Fauzi Hamin Hafiz N Noi Page Usop Ft Zaris True Malay II Hani Samsudin Muhammad Iqbal Muhammad Harist Cili Pedas

Jutaan Terima kasih pada sales advisor perodua Ridzuan Perodua dan team dan bank muamalat yg banyak membantu menjayakan misi ini. Servis yg sgt baik mereka berikan.