Bagi 'Jobless', Kini Job Matching PTPTN Bantu Peminjam Untuk Dapatkan Kerja!
# Trending Semasa

Bagi 'Jobless', Kini Job Matching PTPTN Bantu Peminjam Untuk Dapatkan Kerja!

post by Nazatul

by Nazatul

May 24, 2018
pada 5:49 AM

Korang pernah dengar tak, Job Matching PTPTN bantu peminjam untuk dapatkan kerja? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melantik Prestariang System Sdn Bhd sebagai pengurus demi melaksanakan program ini. 

PTPTN akan membantu peminjam yang berjumlah 300,000 orang untuk mendapatkan pekerjaan dan membayar semula pinjaman semasa pengajian. PTPTN turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai kemahiran tambahan yang bernilai tidak lebih RM2,000 secara percuma kepada 10,000 peminjam terawal.  

Job Matching Bantu Peminjam Cari Kerja

Portal job matching adalah sebuah portal yang membolehkan peminjamnya membuat permohonan jawatan kosong. Mereka yang mendaftar akan melalui dua proses saringan yang melibatkan kelayakan akademik, pengalaman dan minat peminjam dengan jawatan berkenaan.

Seterusnya, mereka akan ditemuduga antara peminjam dan majikan. Peserta yang berjaya dua saringan ini akan terus ditawarkan untuk bekerja. 

Nak tahu tak? Dalam jobmatching tu ada 5,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan. Padanan adalah antara kelayakan akademi, pengalaman dan minat. Pernah isi jobstreet atau Maukerja.my tak? Lebih kurang lah tu. 

Masa depan yang lebih baik, dengan hanya 5 langkah!

Jom daftar! jobmatchingptptn.my

5 Kelebihan Job Matching PTPTN Yang Korang Perlu Tahu:

  • Padanan pekerjaan berdasarkan penilaian minat, kemahiran akademi dan pengalaman kerja

  • Jaminan peluang pekerjaan ekslusif untuk peminjam PTPTN

  • Bimbingan dan latihan disediakan secara PERCUMA  *tertakluk kepada terma dan syarat

  • Pakej gaji mengikut standart terkini

  • Membantu pembayaran balik pinjaman PTPTN secara 'direct debit' atau potongan gaji