Bahagian Mana Korang Akan Tembak? Jika Korang Pilih A, B, C, D Atau E, Korang Sebenarnya...
# Gaya Hidup

Bahagian Mana Korang Akan Tembak? Jika Korang Pilih A, B, C, D Atau E, Korang Sebenarnya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 5, 2019
pada 5:16 PM

Personality test ataupun dipanggil sebagai ujian personaliti merupakan satu ujian psikologi yang mengkaji tentang keperibadian diri seseorang individu itu secara lebih mendalam dan terperinci. Ujian personaliti ini boleh terbahagi kepada beberapa bentuk ujian personaliti seperti ujian personaliti diri, ujian personaliti kerjaya dan banyak lagi.

Satu lagi ujian personaliti yang korang boleh buat bagi menguji personaliti yang ada dalam diri adalah seperti gambar di bawah:

 

 

Kalau korang pilih...

PILIHAN A

1. Karakter luaran anda - Seorang yang suka senyum dan sangat expressive, semua yang anda rasa dan sedang lalui dapat dilihat melalui wajah anda. Kalau orang yang belum kenal dengan anda, mereka akan merasa anda seorang yang ignorant tapi kalau dah rapat baru mereka tahu anda ini sebenarnya seorang yang sangat terbuka dan sangat rasional.

2. Karakter dalaman - Tidak suka dipandang remeh oleh orang lain. Anda mempunyai harga diri yang tinggi dan suka dan prihatin tentang orang lain. Anda suka membalas semula kebaikan orang lain dan tidak suka berdendam.

 

PILIHAN B

1. Karakter luaran anda - Seorang yang optimis, agresif dan berani. Anda seorang yang adil dan boleh dipercayai. Satu perkara yang anda tidak suka ialah anda tidak suka menyusahkan orang lain untuk membantu anda. Lebih suka untuk melakukannya sendiri.

2. Karakter dalaman - Tidak suka orang lain melihat kelemahan diri anda. Anda seorang yang sangat prihatin tapi seringkali berpura-pura untuk tidak mahu ambil tahu tentang orang lain. Sabar dan anda suka membalas jasa orang berlipat kali ganda setelah mereka banyak membantu anda.

 

PILIHAN C

1. Karakter luaran - Anda seorang yang bertanggunjawab dan pandai. Boleh memimpin orang lain dan boleh dipercayai. Anda tidak akan pernah menolak jika orang lain memerlukan bantuan dari anda. Bila anda tengah sedih, anda akan cuba untuk tidak tunjukkannya di depan rakan2 tapi hakikatnya mereka tahu.

2. Karakter dalaman - Orang lain melihat anda seorang yang gagah dan mempunyai hati yang teguh walhal anda sebenarnya seorang yang sangat lemah. Jarang mengungkapkan isi hati anda dan lebih memilih untuk pendam dalam hati. Prinsip anda hanya satu 'dare to love, dare to hate'!

 

PILIHAN D

1. Karakter luaran - Anda suka untuk dijangka pada awalnya kerana sifat anda yang suka bersendirian dan sangat misteri. Anda juga seorang perfectionist dan selalu menjaga jarak dengan orang lain. Anda juga seorang yang sukar untuk didekati.

2. Karakter dalaman - Anda seorang yang sangat baik dengan rakan-rakan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dan matang. anda selalu berharap ada orang yang memahami isi hati anda. Anda selalunya memerlukan waktu yang lama untuk percaya seseorang itu.

 

PILIHAN E

1. Karakter luaran - Anda seorang yang fun dan murah hati. Suka berkongsi dan membantu rakan-rakan anda. Anda seorang yang sangat energetik dan anda paling tidak suka bila orang lain tidak percaya dengan anda.

2. Karakter dalaman - Anda seorang yang sensitif dan sangat tolerant. Walaupun anda selalu disakiti tapi anda selalu memaafkan kesalahan orang lain. Sangat benci bila ada orang berbohong dan munafik kepada anda. Akhir sekali anda sebenarnya baik orangnya.