Bantuan Sara Hidup (BSH) Diagihkan Selepas Tahun Baru Cina, Tarikh Daftar Januari 2019!
# Trending Semasa

Bantuan Sara Hidup (BSH) Diagihkan Selepas Tahun Baru Cina, Tarikh Daftar Januari 2019!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 10, 2018
pada 7:57 AM

Pasti ramai yang ternanti-nantikan update tentang bilakah pengagihan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mula dijalankan. Terkini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan.

Pada masa ini, kerajaan sedang menjalankan proses pengumpulan data bagi mengenal pasti penerima yang layak untuk menerima bantuan ini. Seperti mana yang pernah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, kerajaan mempunyai kaedah baru dalam melaksanakan pengagihan BSH kali ini. 

Menurutnya lagi, pengagihan akan mula dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan. 
 

 

Lihat Kategori Bantuan Sara Hidup 

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

 

Bantuan tambahan juga akan diperkenalkan iaitu golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun akan menerima RM120, bagaimanapun terhad kepada empat orang anak.

Bagi yang ingin membuat pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019, tarikh pendaftaran akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup (BSH) ini, boleh terus hubungi:

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM : 
1-800-88-2716 
Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m 

 

Layari Bantuan Sara Hidup 2019 untuk membuat sebarang semakan berkaitan.