Bateri iPhone Cepat 'Drain' Walaupun Baru Guna Sekejap? Inilah 6 Punca Kenapa Jadi Begitu
# Pengetahuan Interview

Bateri iPhone Cepat 'Drain' Walaupun Baru Guna Sekejap? Inilah 6 Punca Kenapa Jadi Begitu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 21, 2018
pada 8:03 AM

Masalah utama bagi pengguna iPhone ini adalah di mana bateri cepat sangat berkurang. Kadang-kadang tu tak sampai separuh hari pun dah tinggal 30%. Masalahnya baru je cas berjam-jam tapi bateri bertahan beberapa minit sahaja. Bukan salah pada bateri iPhone, setting yang salah dalam sistem iOS tu. Korang boleh jimatkan bateri agar bertahan lebih lama dengan mengikut panduan ini.

 

1. Reduce Motion

Cuba perhatikan wallpaper iPhone korang, perasan ta wallpaper tersebut seolah terapung? Itu lah dinamakan "parallax effect" dan ianya adalah sekadar hiasan sahaja. Jadi korang boleh tutup dengan pergi ke SETTINGS > GENERAL > ACCESSIBILITY > ON REDUCE MOTION.

 

2. Background App Refresh

Ini satu lagi penyebab utama mengapa bateri korang cepat habis. Apps refreshing ni akan memakan bateri yang banyak. Ramai yang tidak tahu menahu bahawa korang boleh je nak tutup Apps Refresh ni dan pilih apps mana satu yang dimahukan. Caranya mudah sahaja, pergi ke SETTING > GENERAL > BACKGROUND APP REFRESH. 

 

3. Automatik download

Kalau korang on automatic download ni, ianya bermaksud yang Apps Store akan sentiasa berhubung dengan server Apple. Jadi dia akan automatik kemas kini kalau ada apps yang memerlukan kemas kini. Untuk nak jimatkan bateri, korang boleh pilih apps mana yang dimahukan sahaja dan apps yang lain tu korang sendiri boleh kemas kini secara manual. Pergi ke SETTING > iTUNES AND APP STORE > OFF UPDATE/APPS.

 

4. Aplikasi yang sentiasa berjalan

Ini pun korang perlu selalu semak dan buang jika ada apps yang running. iOS ini ada aplikasi dimana boleh gunakan banyak aplikasi dalam satu masa, iaitu dipanggil sebagai multi-tasking. Cuba korang tengok, mana tahu ada aplikasi yang sudah lama tidk digunakan tetapi masih dibiarkan running sebegitu sahaja. Senang je kalau nak buang, korang tekan HOME button 2 kali dengan cepat dan akan keluar kesemua aplikasi yang tengah berjalan. Slide kan sahaja ke atas untuk aplikasi yang tidak dipakai.
 

5. Email kerap masuk

Email yang sering masuk boleh juga menjejaskan bateri cepat habis disebabkan oleh apps kerap refresh. Korang perlu tukarkan ke mode manual, maka email tidak akan auto masuk dan email hanya akan masuk bila korang masuk ke aplikasi email sahaja. Untuk lakukan mode manual ini, pergi ke SETTING > MAIL, CONTACTS AND CALENDARS > FETCH NEW DATA > MANUALLY.

 

6. Hadkan Location Service

Bukan semua apps memerlukan locations service jadi korang boleh hadkannya. Sebagai contoh, katakan lah korang hanya gunakan aplikasi Waze untuk navigasi, jadi ON kan location service untuk Waze sahaja. Aplikasi lain seperti Google, Whatsapp dan sebagainya boleh off sahaja. Pergi ke SETTING > PRIVACY > LOCATION SERVICES.