Batu Permata Mana Yang Korang Pilih? Macam Ni Rupanya Perangai Sebenar!
# Gaya Hidup

Batu Permata Mana Yang Korang Pilih? Macam Ni Rupanya Perangai Sebenar!

post by sofea

by sofea

Oct 19, 2018
pada 11:34 PM

Mana satu yang korang pilih? Personaliti diri akan terserlah hanya melalui pemilihan permata yang berjaya mencuri hati.

Kalau korang pilih...

 

#A Seorang yang berjiwa rendah diri.

Jenis yang berjiwa rendah diri, namun! Ada rasa ego tersendiri.  Bila korang ada pendapat tentang sesuatu perkara, dan tiba-tiba ada fakta yang tak menyebelahi pendapat korang, korang adalah orang pertama yang akan mengakuinya, tak keras kepalalah senang cerita. Korang senang untuk adjust pandangan sebab berminda fleksibel dan mudah untuk masuk dengan pelbagai jenis orang yang memiliki pendapat-pendapat berbeza. 

#B Mempunyai semangat yang tinggi dan menyeronokkan

Korang memiliki pemahaman yang mendalam tentang apa tujuan hidup. Disebabkan ini, korang kurang meletakkan penekanan kepada perkara lain. Dalam masa yang sama, korang sanggup untuk mengambil risiko untuk perkara yang penting dalam hidup. Korang lebih sanggup kehilangan sesuatu perkara yang tidak menepati keinginan korang. 

#C Tenang

Seorang yang memiliki jiwa yang tenang. Korang sangat menghargai saat-saat sunyi dan damai dalam kehidupan. Korang memiliki kebolehan untuk menggunakan waktu-waktu berehat untuk benar-benar menikmati relaks tanpa diganggu dengan sebarang urusan kerja atau memikirkan beban lain. Korang tahu untuk berhenti sekejap daripada bekerja keras untuk menikmati kejayaan yang dicapai atau memberikan penghargaan kepada diri sendiri. Macam ni barulah tenang hidup kan?

#D Kreatif

Seorang yang banyak bercakap dan berjiwa kreatif! Korang menampakkan rasa ingin tahu yang mendalam dalam banyak perkara dan sentiasa bertanya soalan tak kisahlah pasal apa pun. Korang memiliki minat yang sangatlah banyak walaupun saling tidak berkait. 

Selain tu, korang juga pandai berlawak dan mudah terhibur (senang tergelak walaupun benda tu tak lawak pun untuk orang lain. 

#E Memiliki kesungguhan yang tinggi

Korang adalah seorang yang kuat, bersungguh dan bangga.  Korang akan sentiasa berada di sampaing orang yang korang sayangkan walau bagaimana pun kehidupan yang dilalui, susah atau senang. Korang tak akan sesekali melukakan hati orang yang disayangi dengan sengaja. Bagi korang, pengkhianatan yang terbesar adalah penipuan. 

Otak korang penuh dengan aktiviti analisa, informasi dan emosi. Korang sentiasa cuba untuk memaham sesuatu perkara dengan teliti sebelum menyuarakan pendapat. 

#F Seorang yang penyayang dan memiliki belas kasihan yang tinggi

Korang berjiwa lembut, sensitif dan penyayang. Korang bersikap penuh empati kepada diri sendiri dan orang yang berada di sekitar. Korang tahu bahawa setiap kali korang buat sesuatu dengan penuh kasih sayang, korang akan dapat merasakannya kembali. Sebab tulah korang suka melakukan kebaikan, tak kisahlah sama ada melalui program sukarelawan ataupun menjadi orang yang setia di samping seseorang yang melalui saat-saat sukar.