Bau Durian Kuat Teruk Dalam Kereta? Guna 9 Cara Ni.
# Gaya Hidup

Bau Durian Kuat Teruk Dalam Kereta? Guna 9 Cara Ni.

post by sofea

by sofea

Jul 18, 2018
pada 1:36 PM

Musim durian ni kiri, kanan, depan, belakang, merata-rata boleh nampak gerai durian. Sampai ke Korea pun terbau baq hang! Mana tak tergoda? Cuma masalahnnya sekarang ni, kalau dah beli tu nanti, mulalah melekat bau dalam kereta, kadang-kadang sampai seminggu pun tak hilang lagi bau dia. Elok-elok baju wangi nak pergi kerja, terkena tepisan bau durian ni hilang semua bau Downy or minyak wangi korang. 

Jangan risau, kami ada penyelesaiannya! (Macam iklan pulak)

Kat sini admin senaraikan 9 cara yang korang boleh guna untuk menghilangkan bau durian dengan efektif! 

1. Tangkai Durian

Sumber: Adsenseephoto

Bila makan durian ni, boleh dikatakan semua parts anatomi durian ni penting, contohnya pangsa durian yang korang boleh minum melaluinya untuk elakkan badan jadi panas, kemudian, isinya yang sedap dimakan (of course) dan kali ni tangkai durian yang boleh digunakan untuk hilangkan bau. Caranya adalah korang kena belah tengah-tengah tangkai durian tu sikit macam dalam gambar, lepas tu letak dekat vent outlet aircond & tadaa! Sure hilanglah bau nanti. 

2. Roti

Tips ni sangat simple, korang letak je beberapa keping roti dalam kereta, biarkan semalaman, esok hilanglah baru durian tu sebab roti ni dah serap bau kereta. 

3. Kopi Panas

 

Cara dia, korang buat kopi yang paling kaw dan yang paling panas, lepas tu letak dalam bonet kereta dalam 20 ke 30 minit, then korang minum kopi tu. Win-win!

4. Plastik & Buka Tingkap

 

 

Cara yang seterusnya ni, korang letak durian yang dah dibeli tadi dalam at least 3 lapis beg plastik then ikat ketat-ketat supaya bau dia tak keluar. Masa nak drive tu, buka tingkap dan air-cond untuk menganginkan kereta. Kemungkinan untuk kereta korang berbau tu berkurangan atau jatuh kepada zero. 

5.Cuka

Caranya, korang letakkan semangkuk cuka dalam kereta untuk beberapa jam. Lepas tu, masuk kereta dan tarik nafas panjang-panjang bayangkan korang dekat Cameron Highlands.

6. Kopi Lagi

Ni pula tips untuk orang yang tak suka minum kopi. Kalau tadi kopi panas, untuk trick yang seterusnya ni korang boleh guna kain kasa ke anything yang tak tebal untuk letakkan serbuk kopi. Ikat kain tu dan letak semalaman dalam kereta. 

7. Daun Pandan

Bau daun pandan memang wangi, so tak rugilah kalau tanam, boleh buat air sirap pandan bila-bila korang suka nanti. Untuk hilangkan bau dalam kereta pula, korang potong daun ni kecik-kecik supaya bau dia makin semerbak, then letaklah dalam kain kasa ataupun ikut je kreativiti korang asalkan aroma pandan tu dapat 'bergerak' bebas dalam kereta.

8. Baking Soda

Selain mantap digunakan untuk menghilangkan kotoran, korang juga boleh gunakan baking soda untuk menghilangkan bau dalam kereta dengan menaburkan serbuk ni dekat bahagian kereta yang bau dia paling menusuk hidung. Kalau malas nak vakum, korang letak je dalam mangkuk. Tinggalkan dalam beberapa jam. 

9. Arang

Perihal arang boleh menghilangkan bau ni mungkin ramai yang dah tahu, tapi untuk korang yang tak tahu lagi, sekarang dah tahu. Letak arang ni dekat dalam bekas untuk letak dalam kereta. Nak nampak sofistikated sikit, korang beli je charcoal yang dah diletakkan dalam packaging khas untuk korang guna sebagai pembersih udara dekat Daiso. 


Beberapa tips kat atas ni korang boleh gunakan untuk hilangkan bau kat tempat lain juga, macam dalam peti ais, rumah dan sebagainya, bau badan korang je tak dapat nak tolong.