Bawah RM50 Je, Tapi Korang Masih Boleh Bercuti 'Feeling' Overseas Di 6 Tempat Ni!
# Trending Semasa

Bawah RM50 Je, Tapi Korang Masih Boleh Bercuti 'Feeling' Overseas Di 6 Tempat Ni!

post by Aisya

by Aisya

Mar 19, 2018
pada 8:01 AM

Ramai yang kata tarikan di Malaysia ni tak sama macam di oversea. Dan bila tengok kawan-kawan post gambar kat media sosial yang dorang bercuti di oversea semua cecantik je, jealous pulak rasa.

Tapi, korang tahu tak sebenarnya korang pun boleh je fefeeling acah-acah bercuti di oversea tanpa perlu berhabis ribuan ringgit. Semuanya ada di Malaysia! Nak tahu di mana, jom kita semak satu-satu:

1. Nampak tenang macam di Jepun

Kalau korang nak tahu, ni kat Japanese Village, Bukit Tinggi je. Haa korang tak yah susah-susah nak naik flight terbang ke Jepun, korang boleh ke Pahang je naik kereta! Sebab Japanese Village merupakan sebuah taman landskap yang berkonsep Japanese Theme. Kalau korang datang ke sini, korang boleh ke Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant.

Taman ini diilhamkan oleh arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi dengan tujuan menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman.

Kat sini pun terdapat kolam-kolam berbatu, kolam ikan koi, taman bunga dan juga rumah teh Jepun yang selalunya mengendalikan majlis teh tradisional. Apa yang menariknya, Rumah Teh Jepun ni adalah satu-satunya yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika ni!

Di Japanese Tea Culture, korang dapat lah merasakan kehidupan di perkampungan Jepun dengan mengayakan baju kimono, pakaian tradisional masyarakat Jepun dengan kadar bayaran RM20 dan korang boleh bergambar sepuas-puasnya! Taman kat sini memang cantik-cantik dengan adanya anak-anak sungai dan ikan-ikan koi, membuatkan korang rasa tenang je.

2. Layan hidup Kublai Khan, macam di Monggolia

Sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbeza menginap dalam khemah Mongolia, tak perlu pergi jauh sampai ke Mongolia. Semuanya ada di Kundasang, Sabah je!

Tempat ini sejuk tau, boleh cecah 17 darjah Celcius. Apa yang bestnya lagi, pemandangan nya pun tak kurang hebatnya. Rasa tenang je menikmati cahaya pagi di kawasan pergunungan.

Satu yurt ni boleh muat 4 orang tau dan anggaran lebih kurang dalam RM 300. Tapi ianya macam tak sesuai untuk honeymoon tau sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

3.  Masjid Al Bukhary, cantuman seni bina zaman silam

Seni bina masjid ni nampak macam kat masjid Timur Tengah. Siap ada pokok kurma yang tumbuh segar kat kawasan sekitar masjid. Sekali pandang macam kat Dubai pun ada.  

Masjid Al Bukhary ni terletak di dalam kawasan Kompleks Al Bukhary di Alor Malai, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah dan ia merupakan sumbangan daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Seni bina Mihrab Masjid Al Bukhary dirujuk kepada seni bina zaman silam yang terdapat di Makam Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz, Iran dalam tahun 1316. Manakala, reka bentuk menara masjid ini berdasarkan seni bina Masjid Nabawi di Madinah. Kubah menara setinggi 47.92 meter dari paras laut pula diperbuat daripada komposisi jenis glass fibre epoxy resin.

Keistimewaan masjid ini juga terletak pada tujuh buah kubahnya. Sebuah kubah utama dengan ukuran garis pusat 14 meter, dihiasi dengan hiasan corak dekoratif daripada kepingan jubin di permukaan luarnya. Keseluruhannya, motif yang terdapat pada kubah-kubah ini, direka khas daripada kubah Masjid Shah di Isfahan.

Selain itu, mimbar masjid ini diperbuat daripada kayu jenis jati Myanmar. Seni binanya dicedok daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain, Madinah dan mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay di Kaherah.

Seni bina kolam dan laluan air yang berbentuk geometri di masjid ini adalah berdasarkan seni reka yang terdapat pada Makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

4. Nampak mewah macam kat Perancis 

Korang boleh je nak fefeeling cam dekat France dengan bajet RM16 dikenakan bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak di bawah dua belas tahun bila korang pegi ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana kat Bukit Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah. 

Apa yang menariknya, senibina kat sini membuatkan korang seperti berada di la petite france strasbourgkawasan bandar lama dengan rumah-rumah dan bangunan separa kayu, senibina yang unik dari sebuah kampung utara-timur di Perancis sejak abad ke-16 dan korang pun berpeluang untuk makan di restoran ala-ala Perancis.

Hotel-hotelnya juga mempunyai tema tersendiri yang terdiri daripada lapan blok keajaiban seni bina, masing-masing dengan gaya yang unik, dari jubin bumbung yang berwarna-warni.

5. Suasana acah-acah New Zealand

Kalau korang teringin sangat nak bercuti ke New Zealand tapi faktor kewangan tak mengizinkan, korang boleh lah cuba jejakkan kaki ke Desa Cattle Dairy Farm di Kundansang Sabah ni. Ia merupakan salah satu tempat yang paling popular di Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menyegarkan.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ia adalah sebuah ladang penternakan lembu dan kambing. Tapi lembu yang diternak ni bukan jenis lembu biasa. Ia daripada baka luar negara, yang selalu korang tengok kat tv tu macam kat New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan saiznya agak besar jugak lah daripada lembu biasa tu.

Cuaca kat sini pon agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.

 

6. Rasa demam Kpop Korea

Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man. Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea. Haha

Ok-ok, sebenarnya kalau korang nak feeling-feeling berada di Korea tapi duit tabung belum cukup, takpe. Korang boleh je cuti-cuti Malaysia kat Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan.