Bayar Hutang PTPTN Di 7 Eleven Dengan Minimum RM10! Ikut Langkah Ni
# Gaya Hidup

Bayar Hutang PTPTN Di 7 Eleven Dengan Minimum RM10! Ikut Langkah Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 17, 2018
pada 4:12 AM

Kalau dah namanya pelajar, memang kebanyakkannya tak boleh lari daripada isu PTPTN kerana boleh dikatakan ramai yang menyambung pelajaran menggunakan pinjaman ini. Betul tak?

Bermula 02 Julai 2018, PTPTN menambah satu lagi saluran untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi bayaran balik pinjaman dan deposit simpanan SSPN-i melalui MOLPay Cash.

Korang pernah guna MOLPay Cash? Tahu tak MOLPay Cash tu apa? Haa, bagi yang baru pertama kali guna MOLPay Cash ni. Senang je rupanya. Selama ni pernah dengar dan tengok logo MOLPay Cash ni dekat 7Eleven. Tapi tak pernah tahu pun apa sebenarnya MOLPay Cash ni.

Selamat pun selamat. Mudah pun mudah. Hanya perlu pergi ke 7eleven untuk buat pembayaran!

 

Ikuti 5 langkah-langkah mudah berikut:

Langkah 1: Layari Portal PTPTN

Layari www.ptptn.gov.my. Pilih MOLPay dan pilih akaun untuk membuat pembayaran. Masukkn nombor kad pengenalan korang.

Langkah 2: Ambil Gambar

Jangan lupa ambil gambar untuk maklumat pembayaran

Langkah 3: Pergi ke 7 Eleven Yang Berdekatan 

Pergi ke 7-Eleven yang berdekatan dengan korang.

Langkah 4: Bayar di Kaunter

Maklumkan kepada petugas kaunter untuk pembayaran melalui MOLPay Cash, berikan maklumat pembayaran dan buat bayaran.

Langkah 5: Semak Penyata

Semak penyata pinjaman atau simpanan korang selepas 7 hari bekerja tau! Haaa, lepasni dah tak dah alasan nak kata PTPTN ni menyusahkan kan?

Selamat mencuba!