Bekas Ketua FBI Ini Ajar Cara Nak Runding Gaji Ikut Kaedah FBI 'Deal' Kes Penculikan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Bekas Ketua FBI Ini Ajar Cara Nak Runding Gaji Ikut Kaedah FBI 'Deal' Kes Penculikan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 19, 2018
pada 5:25 AM

Korang baru dapat panggilan temuduga kerja dan ianya memang kerja yang korang suka lah. Semuanya okay cuma gaji yang mereka tawarkan kurang daripada apa yang korang harapkan. Jangan terus terburu-buru anggukkan kepala dan terima sebegitu sahaja kerana masih ada peluang untuk korang berunding sampai ngam!

Gunakan kaedah daripada bekas ketua untuk FBI sebagai perunding kes penculikkan dan kini salah seorang professor dalam bidang perundingan bisnes di University of Southern California's Marshall School of Business serta Georgetown University's McDonough School of Business, Chris Voss. Dia seorang pakar dalam perundingan dan tips ini bakal membuatkan korang dapat nilai gaji yang dimahukan.

 

Apakah cara terbaik untuk nak mulakan rundingan gaji?

Peraturan utama dalam merunding gaji ialah jangan jadikan diri anda sebagai mangsa tebusan (hostage). Rahsianya di sini ialah korang perlu kekal tenang dan lagak seperti biasa sahaja. Sikap bertenang ini penting kerana ianya boleh merebak, dan itu lah strategi kita di sini. Kita mahukan agar penemuduga juga turut kekal tenang. 

Kita sebagai calon mesti rasa macam kecil sahaja dan penemuduga itu berkuasa sebab dia ada semuanya yang kita mahukan. Dia ada kerja yang kita mahukan jadi dia control semuanya. Tapi korang kena lihat pada sudut lain juga. Jika penemuduga mahu berunding dengan kita, itu satu petanda yang kita ada  kuasa terhadap benda yang mereka mahukan.

 

Apa yang ada dalam fikiran penemuduga sewaktu rundingan berlaku?

Penemuduga mahu lihat jika korang mampu terus kekal pada pegangan tanpa sedikit pun menyinggung perasaan mereka. Penemuduga mahu tahu samada korang boleh menjadi seorang pekerja yang bagus serta seorang duta kepada organisasi mereka. Sudah tentu mereka tidak mahukan seorang duta pekerja yang tidak bermoral dan suka mendesak.

Pasti ada batu ukur untuk rundingan gaji ini, dan salah satunya adalah sikap simpati atau 'likeability'. Sikap ini akan meningkatkan keberkesanan rundingan korang sebanyak 6 kali ganda!

 

Apakah perkara paling penting yang perlu diingatkan sewaktu merunding gaji?

Gaji ini diperlukan untuk membayar segala perbelanjaan, dan perjanjian kerja adalah apa yang menjadikannya sebagai satu kerjaya. Jadi korang hanya perlu fikirkan gaji sahaja. Runding gaji dan segala perkara yang lain seperti cuti, bonus atau apa sekalipun letak tepi. Ini matlamat utama, iaitu gaji.

 

Bagaimana kalau permintaan gaji korang ditolak?

Tekankan pada perkara lain selain daripada gaji seperti bonus pekerja, manfaat kerja lain. Sekarang matlamat korang sudah berubah kepada ini pula. Jadi tunjukkan pada mereka yang korang masih lagi boleh cuba dapatkan apa yang korang mahukan tanpa menyinggung perasaan mereka. Dan ada kemungkinan besar yang mereka akan penuhi permintaan beserta gaji juga.

Sebagai contoh, seorang graduan lulusan universiti tersohor meminta untuk cuti lebih, majikan tidak dapat penuhi permintaannya maka, mereka naikkan gaji sebagai pengganti.

Sudah baca semua tips ini? Jangan baca sahaja, korang kena lah cuba praktikkan nanti sewaktu merunding gaji. Diharapkan perkongsian daripada Chris Voss ini dapat membantu korang okay! 

 

Sumber Oleh: Monster