"Berbual Dengan Kucing" Dan 8 Lagi Perkara Pelik Bos Suruh Lakukan - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Berbual Dengan Kucing" Dan 8 Lagi Perkara Pelik Bos Suruh Lakukan - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 12, 2017
pada 9:50 AM

Nak tanya satu soalan dekat korang semua. Bos korang ada tak pernah buat permintaan yang pelik-pelik dan tak masuk akal? Kalau boleh pilih dari skala 1-10, berapa pelik kah bos korang tu? Haa.. kalau korang rasa bos korang tu lah yang paling pelik, cuba baca dahulu 8 perkara pelik yang diminta oleh majikan ini. Kalau korang dapat beat 8 perkara pelik ni, maksudnya bos korang memang juara lah! 

1. Jagakan kucing dia sewaktu bercuti

Pernah tak korang dipaksa untuk babysit haiwan peliharaan bos korang? Kalau jagakan anak mereka itu oun dah satu hal ini kan pula jagakan kucing. Bukan sehari dua tetapi berminggu pula tu. Amboi-amboi bos ni dia siap bagi specific instruction lagi apa yang kucing dia boleh makan, tak boleh makan, tidur pukul berapa dan suhu bilik kena macam mana. 

Sampaikan bos pesan kucing dia hanya minum air mineral botol sahaja dan tak main lah air paip okay. Lagi memeranjatkan perangai bos ni bila dia pesan suruh bersembang atau bercakap dengan kucing dia sebelum tidur. Hmmm pelik

 

2. Tanya airline movie apa yang bakal disiarkan sewaktu penerbangan

Biasalah bos akan selalu kena ke luar negara atasa urusan kerja dan bisnes. Sebagai pekerja dia, sudah menjadi lumrah untuk membelikan tiket penerbangan dan berikan kesemua maklumat yang dia perlukan mengenai penerbangan dia. Yang menjadi hairan dan peliknya, bos siap tanya lagi apa movie yang bakal disiarkan sewaktu flight dia nanti. Betul ke ni bos? 

Kalau dia tanya pasal seat, set makanan, luggage dia semua boleh diterima lagi tetapi nak tahu pasal movie apa yang bakal disiarkan? Daripada dicop sebagai gila oleh steward semua maka tipu je lah dengan bos tu dan senaraikan je semua movie yang korang tahu. Haha.

 

3. Nyanyi lagu kanak-kanak dan berikan maksud dia sekali

Kadang-kadang majikan ni memang boleh jadi sangat pelik dan minta perkara-perkara yang tak masuk akal. Ini berdasarkan pengalaman sebenar apabila ada seorang calon yang hadir temuduga diminta untuk menyanyikan lagu kanak-kanak. Bukan nyanyi je tetapi siap kena berikan maksud sekali. Bayangkan kalau korang pun kena macam ni, antara nak gelak ataupun serius betul tak? Apa kaitannya lagu kanak-kanak denegan kerja ni bos? Aduh pening kepala.

 

4. Tolak pemanggang BBQ di tengah-tengah bandar yang sibuk

Rupanya banyak juga jenis majikan yang pelik-pelik ni ye? Tak sangka ada bermacam jenis permintaan yang tak masuk akal. Macam contoh ni, company nak buat acara makan malam BBQ jadi sudah tentu lah perlukan pemanggang BBQ betul tak? Yang tak boleh menahannya apabila bos suruh salah seorang pekerja dia untuk anngkut set pemanggang yang besar tu dengan berjalan kaki di tengah-tengah tempat yang sibuk dengan orang ramai.

Bayangkan dari office tu dia suruh bawa sampai ke lokasi yanng pada dia "alah tak jauh mana pun." Serius bos? Malu tahu tak orang semua tengok je. 

 

5. "Saya nak VVIP pas backstage"

Kadang-kadang bos ni ingat kita ni sebagai pekerja merangkap PA dan orang suruhan mungkin. Boleh pula dia minta untuk dapatkan VVIP pas ke sebuah konsert band kegemarannya. Masa ini lah call kenalan yang kerja dalam bidnag media yang boleh bantu. Kalau tak, mesti dia tolak gaji ataupun terus kena pecat.  Penat lah dapat bos yang begini. 

 

6. "Nampak tak kereta dekat depan tu? Itu kereta saya, tolong basuhkan ye"

Pernah dengar tak ada  tempat basuh kereta secara automatik? Duduk je dalam kereta dan tak sampai 5 minit kereta dah siap basuh. Bos awak ni biar betul nak suruh saay basuh kereta? Ini pernah terjadi tau, bos suruh basuh kereta dia dekat tempat parking lot office tu, tengah-tengah panas dan siap kena cari sendiri mana paip dan sabun semua. Hmm. Kalau bos  bagi kunci kereta dia, dah lama drive ke tempat basuh kereta dan upah je diorang basuhkan. 

 

7. Pakai baju superhero untuk majlis anak dia di sekolah

Senang juga jadi bos besar ni ye, boleh je arahkan orang untuk buat apa-apa sahaja yang mereka mahukan. Sebagai contoh, ada seorang ni berkongsi pengalaman dia apabila diminta oleh majikannya untuk berpakaian lagak superhero demi majlis di sekolah anaknya. Kalau bos tak nak naikkan gaji saya dan bagi bonus, memang tak lah saya nak buat. 

 

8. "Saya nak awak buat review pasal saya"

Dalam banyak-banyak permintaan, rasanya ini permintaan yang paling pelik sekali pernah didengar oleh seorang pekerja. Selalunya  apabia tiba hujung tahun, majikan yang akan beri review pasal pekerja dia tetapi ini terbalik pula. Majikan minta pekerja dia untuk beri review pasal diri dia. Nak jujur ke berlapik ni bos? Kalau jujur rasanya cukup bulan mesti dapat notis diberhentikan kerja, betul tak?

Serba salah pula jadinya  bila bos minta benda tak masuk akal macam ni. Memang semua orang di office tu kena bagi review dekat bos ke atau saya je yang kena? Aduhai pening lah kepala.