Berita Baik Bagi Peminjam PTPTN: Peminjam Akan Ditangguh Bayaran, Bebas Blacklist!
# Trending Semasa

Berita Baik Bagi Peminjam PTPTN: Peminjam Akan Ditangguh Bayaran, Bebas Blacklist!

post by Aisya

by Aisya

May 23, 2018
pada 7:10 AM

Ini mungkin merupakan berita gembira yang dinanti-nantikan orang ramai, terutamanya golongan pemuda yang sering dibeban dengan isu kewangan.

Menteri Pelajaran Malaysia yang baharu mengumumkan bahawa pembayanran balik pinjaman pelajaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh ditunda selagi gaji peminjam belum mencecah RM4,000.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Dr. Mazlee Malik berikutan ini adalah salah satu janji dalam manifesto yang pernah disebut Pakatan Harapan di mana, ia akan dikotakan dalam masa 100 hari pemerintahan awalnya.

“Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu
mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.

Bukan tu je, malah bagi korang yang dah disenarai hitam nama akibat PTPTN juga akan dimansuhkan.

“Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan.”

Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN  seperti mana yang dijanjikan pada PRU-13 sebaliknya, manifesto PH tetap meneruskan PTPTN  tetapi tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000).  Kita ingin wujudkan dalam kalangan warga Malaysia
sikap bertanggungjawab.Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan.” 

Menurut Dr. Mazlee lagi, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.