Betul Ke Zero Talent Tak Boleh Berjaya? Ubah Persepi Anda Sekarang!
# Pengetahuan Pekerja

Betul Ke Zero Talent Tak Boleh Berjaya? Ubah Persepi Anda Sekarang!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 12, 2019
pada 2:46 PM

Kita sering kali merasakan bakat menjadikan seseorang itu berjaya. Sehinggakan kita percaya kalau tiada bakat, seseorang itu tak boleh berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Sebenarnya kita lupa selain bakat, perkara-perkara kecil ini juga membolehkan anda yang "zero talent" juga berjaya. 

Ini dia rahsia untuk berjaya.

1. Sikap 

Orang yang berjaya sering mempunyai sikap positif dalam kehidupan. Apabila anda positif, ia akan menjadikan anda lebih kreatif semasa bekerja. Kehidupan dan matlamat anda juga mampu menghalakan kehidupan anda lebih kehadapan dan progresif. Asyik berfikiran negatif mampu menghalang anda daripada segala kejayaan. 

2. Etika Kerja

Memahami etika-etika kerja dan organisasi sememangnya dapat menjadikan anda seorang yang berjaya. Melakukan pekerjaan dengan penuh dedikasi dan jujur mampu menjadikan anda seorang pekerja yang dihormati. Sentiasa mengamalkan integriti dan mementingkan kualiti kerja juga bakat yang harus dipuji. 

3. Buat Lebih Dapat Lebih  

Orang berjaya selalunya tidak berkira dalam sesuatu perkara yang dilakukan tetapi hendaklah bepada-pada sehingga tidak menjejaskan kerja, emosi dan fizikal anda. Apabila anda buat lebih, sudah pasti lebih banyak ilmu yang anda boleh gunakan dan menjadi salah seorang yang boleh menjadi tumpuan ramai. 

4. Sentiasa Bersedia Untuk Belajar

Untuk berjaya, anda perlu belajar. Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan setinggi mana sekalipun, proses pembelajaran menjadi faktor utama sesorang itu berjaya. Ilmu perlu sentiasa dicari. Sikap boleh dibimbing dan membimbing dapat membantu anda lebih fokus untuk berjaya. 

5. Passion 

Jika anda melakukan sesuatu dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh, anda mesti berjaya. Orang berjaya tahu apa 'passion' yang ada di dalam diri mereka dan menggunakan ia sebagai suatu batu loncatan untuk memajukan diri. Keghairahan itu membuatkan mereka seseorang itu berjaya. 

 

"Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm."
Winston Churchill