Beza Dato' Dengan Datuk? Mesti Korang Pernah Terfikirkan?
# Gaya Hidup

Beza Dato' Dengan Datuk? Mesti Korang Pernah Terfikirkan?

post by sofea

by sofea

Aug 15, 2018
pada 2:25 AM

Selalu kita dengar tentang orang-orang yang berpangkat Datuk ni kan, bukan 'atuk' ya? Tapi al-kisah gelaran orang kenamaan yang berpangkat Datuk, tak ramai yang tahu apa bezanya Datuk dengan Dato' ni. Dahlah sebutannya sama, macam mana nak tahukan? 

Benda ni memang tak mudah nak tahu, melainkan korang Google. Tapi kat sini, kitorang nak terangkan apa bezanya tentang kedua-dua darjah kebesaran ni.

Kisah Si Datuk

Gelaran 'Datuk' ni sebenarnya adalah anugerah terhad, special yang diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). 

Tapi, ada juga yang mendapat gelaran Datuk setelah mendapat darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN). Namun begitu, gelaran ni hanyalah ditetapkan untuk 200 orang sahaja pada satu-satu masa. 

Ramai sangat yang menjadi Datuk ni, mesti ada lagi sebabnya kan? Sebabnya, gelaran Datuk ni juga boleh seseorang terima sekiranya mendapat pingat Panglima Setia Diraja (PSD) yang diberikan atas budi bicara YDPA sendiri, ini juga terhad kepada 200 orang pada satu masa. Atau sebab yang kedua, dibeli? 

Kisah Si Dato'

Untuk mereka yang menerima gelaran Dato' ni pula boleh dijelaskan perbezaan anugerah yang diterima berdasarkan negeri:

Johor: Penerima anugerah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor, Dato' Paduka Mahkota Johor dan Dato' Setia Sultan Ismail Johor.

Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)

Kedah:  Penerima anugerah Darjah Paduka Mahkota Kedah atau Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah.

Dato Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.)
- Untuk Lelaki

Kelantan: Penerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) atau tujuh lagi anugerah lain.

Negeri Sembilan: Penerima anugerah Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan atau empat lagi anugerah lain.

Pahang: Penerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang atau Darjah Indera Mahkota Pahang dari Sultan Pahang.

Pulau Pinang: Penerima anugerah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri dan Darjah Setia Pangkuan Negeri.

Perak: Penerima anugerah Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak.

Perlis: Penerima anugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis atau tiga anugerah lain.

Selangor: Penerima anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor atau dua anugerah lain.

Terengganu: Penerima anugerah Seri Paduka Mahkota Terengganu atau tiga anugerah lain.

Tapi... bagi korang yang confuse kenapa kadang-kadang ejaan Dato' yang dimiliki seseorang ni kadang-kadang berubah kepada Datuk (kalau korang perasanlah), ini adalah disengajakan dalam media massa untuk memudahkan masyarakat membaca. 

Gelaran Dato' Hanya Untuk Lelaki?

Ya, gelaran ni hanya boleh diberikan kepada lelaki kalau di negeri Johor dan Selangor. Untuk kedua-dua negeri ini, kalau penerima darjah kebesarannya adalah wanita, gelaran yang akan mereka terima adalah Datin Paduka (termasuklah Datin Paduka Seri dan juga Datin Paduka Setia kalau di Selangor). Maksudnya kat sini, kalau wanita mendapat gelaran ni di negeri Johor atau Selangor, tidaklah bermaksud disebabkan pasangan mereka yang dapat gelaran Dato' Paduka. Girl power!

Bercakap pasal isteri kepada yang mendapat gelaran Dato' atau Datuk ni akan mendapat gelaran Datin secara automatik, lain pula kisahnya kalau di Terengganu & Johor...

Kalau di negeri keropok lekor ni pula (Terengganu), isteri kepada lelaki yang mendapat gelaran Dato' ni tadi akan mendapat gelaran To' Puan

Untuk di negeri Johor pula, gelaran yang akan diterima isteri sekiranya suami mendapat gelaran Dato' adalah Datin Dato' (nama suaminya) dan tidak menggunakan nama sendiri. Dah macam western pula kan? 

Sumber: Says , SosCili