Big Mac Percuma Sempena '50 Years Of Big Mac?' Ini Jawapan McDonald's!
# Trending Semasa

Big Mac Percuma Sempena '50 Years Of Big Mac?' Ini Jawapan McDonald's!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 20, 2019
pada 1:01 PM

Pasti ada dalam kalangan korang yang terima info menerusi Whatsapp yang McDonald's bakal memberikan ribuan burger Big Mac percuma sempena menyambut '50 Years Of Big Mac.' Tapi, sejauh manakah kesahihannya? Eh, betul ke? Macam mana nak dapatkannya? 

Nanti dulu! Bagi mendapatkan kepastian, ini kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak McDonald's sendiri berhubung pemberian Big Mac percuma ini. Ini kenyataannya:

 

Penipuan Big Mac Percuma

Kami telah dimaklumkan tentang satu promosi yang kononnya turut menawarkan Big Mac McDonald's® untuk percuma bagi menyambut Big Mac yang telah mencecah 50 tahun. Kami ingin menjelaskan bahawa promosi tersebut adalah satu penipuan dan tiada sebarang kaitan dengan McDonald's®. Para pelanggan dinasihatkan agar tidak memberi maklum balas terhadap promosi tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di https://www.mcdonalds.com.my/contact. Terima kasih.

McDonald's® Malaysia

 

 

Oh, scam rupanya! 

Hati-hati ye!