Bila Duit Kena 'Telan' CDM Masa Deposit, Buat Langkah Ini Nak Dapatkan Semula Kalau Bank Tutup
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Bila Duit Kena 'Telan' CDM Masa Deposit, Buat Langkah Ini Nak Dapatkan Semula Kalau Bank Tutup

post by Izuan

by Izuan

Sep 24, 2017
pada 3:21 AM

Kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita bila kita tengah 'withdraw' duit tapi duit tak dapat keluar, ada yang kad atm kena 'telan' terus. Selai itu, ada juga kes terjadi dimana wang tunai yang kita nak deposit di Cash Deposit Machine (CDM) itu duit ditelan tapi transaksi gagal.

Pasti korang akan kaku atau tergamam bila perkara ini terjadi, rasa panik sampai tak tahu nak buat apa. Bila dah pulang kerumah baru nak pergi ke bank dan cari solusi, terus ke bank dan buat laporan. Tapi macam mana kalau bank tengah tutup? Misalnya korang buat transaksi pada lewat petang atau malam?

Jika perkara sedemikian terjadi pada diri korang, jangan pulang terus, tarik nafas panjang untuk kurangkan rasa panik. Sebaliknya, lakukan beberapa langkah ini sewaktu korang masih berdiri dihadapan mesin tersebut.

Lepas Ditelan Apa Yang Perlu Kita Buat? Sebelum Pergi Ke Bank Atau Call Customer Service, Dapatkan 5 Info Ini Dulu

Kalau korang buat transaksi di bank cawangan mungkin ia agak mudah untuk segera ke kaunter melaporkan hal ini, tapi macam mana kalau korang buat di mall atau mana-mana mesin atm di premis lain? Itu sebablah pentingnya kena dapatkan info dibawah sejurus sahaja keralatan ini terjadi :

  • Dapatkan nombor ID pada mesin tersebut
  • Waktu kejadian
  • Lokasi kejadian
  • Bank/Atm/Cdm cawangan mana
  • Slip bank (jika ada)

Kalau sempat, ambil gambar pada skrin yang memaparkan 'error' pada mesin tersebut. Kemudian barulah korang boleh hubungi pusat khidmat pelanggan dan membuat laporan mengenai perkara ini.

Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Yang 'Ditelan'

Selepas korang dah dapatkan kesemua info tersebut, pergi ke mana-mana cawangan bank (mengikut jenis bank yang digunakan) :

  • Dapatkan borang
  • Isikan nombor akaun
  • Nombor telefon
  • Serta butiran-butiran diatas

Kemudian duit tersebut boleh didapati semua, bagaimanapun ia mengambil masa 3 hari bekerja untuk korang terima wang tersebut, andaikata lebih daripada tempoh tersebut korang masih belum menerimanya, korang harus pergi ke bank tersebut atau hubungi sahaja pusat khidmat pelanggan

Senarai Nombor Telefon Khidmat Pelanggan Mengikiu Bank :

 

  • Maybank Customer Service = 1-300 88 6688 or 603-7844 3696
  • CIMB Customer Care Hotline = 1-300-880-900
  • Public Bank Customer Service = 1-800-22-5555
  • HSBC Bank Customer Service = 1300 80 2626
  • Standard Chartered Customer Service = 1800 88 8998
  • Citibank Customer Service = 03-2383 0000 (KL)
  • RHB Bank Customer Service = 03-9206 8118 (KL: 24 hours)