Bila Makan Durian Je, Bau Lekat Kat Tangan? Sebenarnya Tak Perlu Sabun Pun, Guna Cara Ni!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Bila Makan Durian Je, Bau Lekat Kat Tangan? Sebenarnya Tak Perlu Sabun Pun, Guna Cara Ni!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 22, 2018
pada 7:25 AM

Bila masuk musim durian, masing-masing mesti tak sabar nak memulakan misi mencari durian. Tapi kalau dah nama pun raja buah, baunya pun tentulah menusuk ke hidung. Ada yang suka makan durian, tapi tak tahan dengan baunya. Boleh pening kalau bau lama-lama! Betul tak?

Bau buah durian memang menyengat! Walaupun hanya beberapa minit disimpan dalam bonet kereta, makan masa berhari-hari juga untuk hilang baunya.

Sama juga kalau kita memakannya, baik mulut mahupun tangan baunya melekat sehari, dua. Sendawa jangan cakaplah, boleh bikin panas orang sebelah lebih-lebih lagi dalam kereta dan sahabat kamu itu spesis tidak makan durian. Bukan itu saja kalau makan terlalu banyak boleh mempengaruhi bau urine juga. 

Ini perkongsian beberapa tips supaya nafas dan tangan korang bebas bau durian dengan kadar segera!

Caranya sangat mudah di mana korang perlu memanfaatkan kulit durian. Untuk menghilangkan bau durian di mulut, tuangkan air pada pangsa kulit durian, kemudian minum.

Bagi meneutralisasi semula suhu badan, ini petua berzaman dilakukan nenek moyang kita.

Selain menghilangkan bau mulut, amalan petua ini juga dapat menyejukkan badan. Maklumlah durian dikenali sebagai buah berkalori tinggi, tinggi kolestrol, tinggi lemak dan menyebabkan panas badan. Untuk meneutralisasi semula suhu badan, ini petua berzaman dilakukan nenek moyang kita.

Manakala untuk hilangkan bau durian di tangan, kaedahnya hampir sama iaitu dengan cara alirkan air dari pangkal kulit durian dan basuh tangan berulang kali.

Memang magic, bau terus hilang, korang percaya tak? Kalau tak percaya try makan durian dan cuba okay!