Bila Umur Menjangkau 20-an Mesti Kawan Kita Makin Kurang Kan? Ini 10 Sebabnya
# Gaya Hidup

Bila Umur Menjangkau 20-an Mesti Kawan Kita Makin Kurang Kan? Ini 10 Sebabnya

post by Izuan

by Izuan

Sep 26, 2019
pada 5:10 PM

Salah satu kesepian yang melanda kita apabila mencecah umur 20 tahun ini adalah kehilangan kawan-kawan. Kalau dulunya kawan penuh keliling pinggang, apabila meningkat dewasa satu persatu hilangkan diri. Paling parah sekali bila semua kawan hilang dalam masa yang sama. 

Percayalah, rapat macam mana pun korang sewaktu kecil dahulu, bila dah mencecah umur 20-an memang akan merasai perkara ini. Nak tahu kenapa ia terjadi? Ini 10 sebabnya:

1. Terlalu fokus pada kerja

Apabila meningkat dewasa ni, kita akan lebih gemar luangkan masa dengan bekerja sehinggakan tiada masa untuk bersama dengan kawan-kawan. Memang tak akan ada masa lah untuk nak jumpa kawan baru jadi yang tinggal hanyalah kawan lama yang masih lagi berhubung. Tapi makin lama baru sedar yang hidup ni rasa tak lengkap kalau tak ada kawan, tapi itu lah dah terlambat untuk nak berubah.

 

2. Nak kekalkan sesuatu persahabatan bukannya mudah

Kita terkadang terlupa yang sesuatu persahabatan itu bukan atas dasar nilai mata wang semata-mata. Nak buat kawan memang senang tetapi nak simpan sampai ke tua, itu sedikit susah kerana perlukan usaha. Bila dah makin meningkat dewasa, kita give up dengan friendship ni. 

Kalau nak kawan, kawan. Kalau nak stay dalam hidup kita, stay. Kalau tak nak kawan pun tidak kisah sangat. Kita jadi malas untuk nak fight for friendship dan biarkan je persahabatan itu musnah.

 

3. Cinta mengubah semua perkara

Ini salah satu sebab yang paling biasa sekali terjadi. Apabila salah seorang kawan sudah mula menjalinkan hubungan dengan seseorang sudah semestinya dia akan luanngkan lebih masa dengan pasangankan? 

Waktu itu kawan yang selama ini lah yang ada waktu susah-senang dilupakan sebegitu sahaja. Tunggu, tunggu nanti waktu hubungan mereka ada masalah waktu itu lah mereka akan ingat dan datang balik untuk nak minta pertolongan.

 

4. Masing-masing sudah pilih haluan sendiri

Peringkat umur 20 tahun adalah waktu yang paling sukar sekali. Kita semua mencuba untuk buktikan pada diri yang kita ni mampu untuk berjaya. Ada orang dia bertuah dan ada juga yang terpaksa berhempasa-pulas. Bayangkan korang dan kawan korang bermula bersama-sama. Kawan korang dapat kerja yang mereka gemarkan dan gaji pun tinggi tetapi korang terpaksa struggle dengan kerja yang bukan pilihan utama. 

Lumrah dalam kehidupan lah akan timbul rasa iri hati bukan? Korang rasa seperti seorang failure dan mula asingkan diri daripada kawan. Ini lah sebabnya mengapa sesuatu persahabatan itu gagal.

 

5. Kawan berhenti memberi kata-kata semangat

Sokongan dan keyakinan yang keluarga tidak dapat berikan biasanya kita akan cari pada kawan-kawan kan? Mereka ini lah yang tidak pernah jemu berikan kata-kata semangat dan mendengar masalah yang dihadapi. Bila tiba masa semua sudah menjadi matang, corak pemikiran pun sudah berubah.

Korang mula menjauhkan diri apabila kawan berikan kata-kata yang korang tidak mahu dengarkan. "Sejak bila kau berfikiran macam parents aku ni?" Sudah naik bosan untuk nak minta pendapat mereka kerana korang sudah tidak sehaluan lagi.

 

6. Ego yang sekebal konkrit

Korang rasakan macam selama ini hanya korang je yang beri effort dalam persahabatan. Kawan tidak penah sekali pun tunjuk tanda menghargai segala usaha korang tu. Apa lagi, memang masanya untuk tinggalkan sahaja lah. Ego tinggi sangat sampaikan salah seorang tidaka mahu mengaku bersalah dan mencuba untuk berbincang. Kita lagi gemar kehilangan sesuatu persahabatan daripada mencuba untuk membaikinya. Ego!

 

7. Kawan yang tidak matang-matang lagi

Ada kawan yang dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Mereka semuanya hanyalah toksik sahaja dalam kehidupan korang. Akan tiba masanya korang nampak yang mereka ni banyak beri aura negatif daripada positif. Masa untuk ucapkan selamat tinggal!

 

8. "Ini bestfriend saya, tak boleh berkongsi"

Ada orang tak boleh terima hakikat yang kawan baik mereka pun ada kawan lain selain daripada korang. Korang tak gemar berkongsi dan rasakan seperti dipermainkan. Mana boleh rasa macam tu, kawan korang berhak untuk ada kawan lain juga. Nak buat macam mana, tidak dapat terima hakikat kan? Jadi mula lah satu persahabatan itu jadi renggang.

 

9. "Kita semua sudah berubah"

Kadang-kadang tu kita makin menjauh tanpa sebarang sebab. Tak tahu lah, tiada masalah atau terasa hati pun tetapi mungkin sebab makin dewasa. Semua orang berubah mengikut masa dan perbualan yang dahulunya tiada lagi. Korang tahu yang persahabatan ini tidak boleh bertahan.

 

10. Malas nak berhadapan dan berbincang

Nak memutuskan sesuatu perhubungan itu amat senang tetapi penyesalan itu akan datang juga. Selepas beberapa tahun, bila tengok gambar di Facebook mesti teringat "Kenapa ye dah berhenti bercakap dengan Si A?" Mungkin atas alasan pergaduhan yang kecil tetapi disebabkan korang malas untuk nak berunding dan berdepan korang biarkan je masalah tu.

*Sumber: Mensxp