''Bila Waktu Paling Tepat Nak Berhenti Kerja?'' - Lelaki Ni Ada Jawapannya!
# Gaya Hidup

''Bila Waktu Paling Tepat Nak Berhenti Kerja?'' - Lelaki Ni Ada Jawapannya!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 5, 2022
pada 10:14 AM

Ada ketikanya kita pasti akan terlintas untuk berhenti kerja atas beberapa faktor peribadi, namun adakah ia sesuai dijadikan alasan untuk kita berpindah? Pada waktu itu, kita akan mula rasa dilemma, mula memikirkan pros & cons kalau mula kerja di tempat baru.

Faktor sekeliling juga yang mempengaruhi kita untuk berpindah, namun ia semula akan berbalik pada diri kita sendiri, tanya diri apa sebab utama kita perlu berhenti kerja? Bila waktu yang sesuai untuk mula kerja baru? Lepas kerja setahun? Dua tahun? Atau bila jumpa peluang baru yang menawarkan gaji yang lebih tinggi?

Bukanlah menukar kerja itu satu perkara yang tidak bagus, namun ada aspek yang perlu dititik beratkan. Kami yakin ada antara anda sedang dalam dilemma sekarang, jadi bilakah waktu sesuai untuk anda berhenti kerja atau terus kerja disitu sampai bila-bila?

Kata-kata hikmah daripada pemuda yang dikenali sebagai Peng Joon ini bukan sahaja akan menjawab persoalan anda, ia juga akan menyuntik semula semangat anda untuk bangkit dalam dunia kerjaya.
 

"Learn and grow and your paycheck will grow."