Pastikan Bisnes Kad Korang Tinggalkan Impak Yang Berkesan Pada Penerima Dengan Lakukan 4 Tips Ini - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Pastikan Bisnes Kad Korang Tinggalkan Impak Yang Berkesan Pada Penerima Dengan Lakukan 4 Tips Ini - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 30, 2016
pada 4:24 AM

Rasa macam bekerjaya sangat bila dah kerja dan jumpa orang je bertukar-tukar bisnes kad. Selalu nampak dalam drama je kan bila pelakon hulur kad dan cakap "this is my card." Fuyoh dah lama teringin nak cakap macam tu. Penggunaan bisnes kad ni bukannya outdated ya, walaupun orang ramai cakap zaman dah maju boleh bagi je kot contact details LinkedIn atau apa-apa. Kalau nak tahu, penggunaan bisnes kad ini memang memberi impak yang lebih besar daripada digital. 

Penggunaan kad ni memang beri impak yang berkesan yang tak dapat diberikan melalui virtual kad. Ini kerana kad bisnes itu memaparkan imej brand company, melalui rekaan dan bentuk kad serta imej grafik dan cara penulisan. Semuanya perlu dilakukan dengan teliti agar ianya berkesan dan nampak professional. Tambahan pula, kalau nak bertukar-tukar kad, korang perlu bersemuka dengan orang lain. Jadi ianya memerlukan korang untuk face-to-face, dan apabila bertukar kad, terus boleh ingat muka dan nama dan lagi kukuh apabila korang bagi bisnes kad. 

 

 

Nak buat kad bisnes ni tak boleh pakai hentam je. Ianya perlu difikirkan dengan teliti sebab kad korang tu mewakili imej syarikat. Kalau buat suka-suka  akan nampak tak professional. Penggunaan bahasa serta imej juga perlu bersesuaian. Ini adalah 4 tips dalam memilih kad bisnes yang terbaik:

 

1. Biarkan ia ringkas

Tapis kesemua info dan pastikan korang hanya ambil info-info yang diperlukann sahaja. Fokus pada kaedah komunikasi yang berkesan macam contoh, jika orang lebih gemar membuka Twitter daripada menjawab email, maka buangkan alamat email dan gantikan dengan Twitter. Tiada guna kalau korang senaraikan sehingga 3 nombor telefon tetapi orang lebih pilih untuk menggunakan email pula. Ianya hanya membuang ruang sahaja. Ianya disyorkan untuk letakkan kesemua info pada satu sisi untuk nampak tidak serabut.

 

2. Pastikan ia boleh menjadi kenangan

Apabila korang letakkan kesemua info pada satu sisi, maka boleh lah gunakan satu lagi sisi untuk nak tinggalkan impression yang hebat. Semuanya bergantung pada personaliti, bisnes, industri kerja dan bermacam lagi. Semuanya perlu dititik beratkan sebelum memutuskan untuk meletakkan apa. Bagi mereka dalam bidang pembuatan barang kemas, fotografi atau graphic designer ini lah masanya untuk nak showcase apa yang korang ada. 

Pada mereka yang tidak gemar pada design yang terlampau berat, ada cara lain untuk nak menyerlah. Gunakan warna yang terang, logo yang unik atau juga jenaka-bisnes yang diterima.

 

3. Kualiti kertas perlu dijaga

Bisnes kad yang kualiti rendah, sampaikan printing pun nampak macam comot dan murahan sahaja akan berikan mesej yang salah pada bisnes korang. Tak semestinya kena berhabis beratus ringgit untuk nak buat bisnes kad, yang penting ianya berkualiti dan pastikan detail kecil pun terjaga seperti potongan kad, warnanya dan bermacam lagi.

 

4. Tinggalkan gimik kad

Memang korang perlu jadikannya sesuai untuk dijadikan sebagai kenangan tetapi jangan melampau sangat. Mana-mana kad yang tidak showcase key contact details di hadapan, seperti perlu buka lipatan kertas pula jadikan gimik tu tak berapa nak beri impak sangat. Gunakan jenaka sedikit mungkin bagus, tapi kalau melebih sangat akan nampak tak professional sebab ianya bakal diberikan kepada bermacam lapisan orang kan?

 

 

Diharapkan perkongsian ini berguna buat korang yang mahu mereka bisnes kad sendiri. Jangan lupa point penting iaitu pastikan ianya berkualiti, ringkas kan maklumat, jangan melebih gimik dia dan kekal professional.