Boleh Dapat 'Flight Ticket' FREE Kalau Guna Big Pay Mastercard? Nak Tahu? Ini Tricknya!

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Nov 08, 2018 pada 8:49 AM
Kategori: Gaya Hidup

Hai! Mengapa perlu berbelanja lebih? Nak travel semestinya mahu mengawal perbelanjaan sejimat yang boleh betul tak? Jadi, tahukah anda dengan menggunakan Big Pay Mastercard, banyak manfaaat yang anda boleh dapatkan?

Pertama sekali, nak booking tiket pun dah jadi mudah sebab tidak perlu menggunakan online banking, tak perlu nak log in, masukkan nombor TAC tu semua. Hanya dengan menggunakan Big Pay Mastercard, masa anda dapat dijimatkan disamping mendapat manfaat FREE processing fees tau! Jimat bukan?

 

So, apa itu Big Pay? Mari kita cerita serba sedikit mengenai Big Pay ni ya.

Sama je seperti e-dompet yang lain kad Big Pay merupakan Mastercard fizikal yang boleh digunakan secara online mahupun berbelanja di physical stores kegemaran anda, restoran terpilih di lebih daripada 35 juta merchants secara percuma tanpa ada cas tambahan termasuklah juga ATM di seluruh dunia tau. Tak perlu dah risau tak cukup wang semasa sedang travel dah lepas ni dan wang tunai pun tak perlu dah nak bawa kehulu kehilir dengan adanya Big Pay Mastercard.  Selain itu, kelebihan untuk pengguna kad Big Pay juga adalah kadar tukaran matawangnya yang rendah – sangat berbaloi bagi pengguna kad Big Pay kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari money changer untuk menukar wang anda dan wang anda juga dapat dijimatkan tanpa perlu membayar lebih.

 

Takut duit anda tak selamat?

Oh yaa, jangan risau akan keselamatan duit anda ya. Big Pay Mastercard ini sangat selamat digunakan dan mempunyai kawalan keselamatan yang agak ketat dalam setiap transaksi yang dibuat. Sama seperti kad ATM yang lain, kad Big Pay ini juga mempunyai 6 digit pin dan sekiranya 3 kali berturut-turut anda tersalah masuk nombor pin, kad anda akan di sekat untuk sementara waktu selama 24 jam sebelum ianya boleh digunakan semula bagi memastikan keselamatan akaun anda. Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, anda juga boleh membekukan akaun anda dengan mudah hanya dengan menggunakan aplikasi Big Pay sahaja. Selain itu semasa pendaftaran akaun, anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda sama seperti anda membuka akaun bank. Big Pay merupakan e-money berlesen yang diisu oleh Bank Negara. So, rasa lebih yakin kan keselamatan duit anda?

 

Mengapakah penggunaan Big Pay semasa menggunakan khidmat Air Asia sangat disarankan?

  1. RM 0.00 processing fees – anda hanya perlu membayar harga tiket penerbangan sahaja dan processing fees untuk tiket tersebut akan dikecualikan!
  2. Mendapat diskaun untuk pre-booked check-in luggage dan juga in-flights meals.
  3. Mendapat tawaran eksklusif untuk akses awal semasa Air Asia ‘sale’ – kelebihan diberikan kepada pengguna Big Pay yang pastinya dapat menjimatkan wang anda!

Tetapi dengan syarat pembelian tiket tersebut haruslah melalui laman web Air Asia ataupun mobile apps untuk melayakkan diri anda mendapatkan diskaun tersebut. Oleh kerana kad Big Pay ini boleh di ‘sync’ dengan Air Asia Big Loyalty account, maka lebih mudahlah bagi anda untuk mengumpul BIG Points dan target untuk menebus tiket penerbangan secara percuma. Apalagi, mohon cepat Big Pay Mastercard bagi menjimatkan duit anda dan melayakkan diri anda menikmati kelebihan-kelebihan tersebut!

 

Bagaimanakah caranya untuk memohon kad Big pay?

  1. Muat turun dulu aplikasi Big Pay di Apps Store ataupun Google Play
  2. Register dan masukkan referral codes LRQO1GD76R untuk mendapatkan RM10 secara percuma darpada Big Pay.
  3. Seterusnya tambah nilai sebanyak RM20 (boleh menggunakan online banking/debit/kad kredit)
  4. Kad Big Pay anda akan dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas pendaftaran.
  5. Apabila kad sudah sampai, buka aplikasi Big Pay dan aktifkan kad tersebut. Anda boleh menggunakannya setelah berjaya mengaktifkan kad tersebut!

Pendaftaran PERCUMA. Dan RM20 yang anda tambah nilai tadi boleh digunakan semula dan tak lupa juga dapat RM10 rebat sekiranya menggunakan referral code LRQO1GD76R semasa mendaftar.

 

Bagaimana pula ingin nak ‘sync’ kad Big Pay dengan akaun Air Asia bagi menikmati mata ganjaran BIG Points?

Setelah selesai register, boleh klik pada ‘sync your Air Asia BIG Points’ dan ‘enter’ pada login details dan anda sudah boleh berbelanja sambil mendapatkan kelebihan Big Pay!

 

Jadi, berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk mendapat 1 BIG Point?

  1. 1 BIG Point akan diperolehi setiap tambah nilai sebanyak RM50
  2. 1 BIG Point akan diperolehi setiap RM20 yang dibelanjakan menggunakan Big Pay

Mudah kan nak kumpul mata BIG points? Kumpul BIG points kini lebih mudah dengan Big Pay!

Bila dah banyak BIG Points, boleh la redeem untuk mendapatkan diskaun tiket penerbangan dan juga Air Asia Travel Rewards yang lain. Untung-untung boleh dapat tiket penerbangan secara percuma tau! So apa lagi?

 


 

Artikel ditulis oleh Nurul Hanis.

Ingin hantarkan artikel korang kepada Team Content MauKerja?

KLIK LINK DI SINI