Boleh Je Nak 'Menjawab' Tidak Kat Boss, Tapi Biar Dengan 4 Cara Beradab Ni Lah
# Pengetahuan Pekerja

Boleh Je Nak 'Menjawab' Tidak Kat Boss, Tapi Biar Dengan 4 Cara Beradab Ni Lah

post by Izuan

by Izuan

Jan 13, 2018
pada 8:13 AM

Boss juga manusia biasa, ada je kesilapan yang dia buat dekat staff sampai terlupa yang tugas diberikan itu adalah satu bebanan yang boleh menjejas prestasi kerja utama dia. Patuhi dengan arahan boss itu memang satu etika kerja yang paling utama, tapi kadang-kadang berkata tidak itu adalah satu penyelesaian yang paling bagus untuk mengekalkan momentum prestasi kerja.

Namun, kena lah ada tatertibnya tersendiri, silap cara boleh dianggap biadap dan boleh mengundang padah. Tapi macam mana? Disini kami ajarkan korang macam mana nak jawab TIDAK kalau boss bagi satu kerja yang membebankan korang dengan cara yang betul.

Video

1. Jika Disuruh Buat Siapkan Kerja Ketika Bukan Waktu Kerja

Pasti ramai yang selalu kena macam ni kan? Boss hubungi melalui panggilan/whatsapp/mesej masa tengah cuti hujung minggu atau tengah malam, memang kena ada privasi sendiri, tapi berilah ihsan sedikit untuk jawab semula panggilan tersebut :

Cara Salah :

  • Matikan Panggilan Abaikan.
  • Tidak Mengendahkan Tugasan

Cara Betul :

  • Beri alasan yang kukuh
  • Jelaskan jalan penyelesaian

2. Jika Disuruh Buat Kerja Remeh/Diluar Skop Kerja

Kadang-kadang boss ni agak merepek sikit, dia suruh kita buat kerja-kerja remeh tapi banyak, kan dah mengganggu masa. Secara langsungnya kerja pun boleh terabai sebab terlalu banyak masa dihabiskan untuk edar risalah, buat bungkusan, kemas fail dan sebagainya.

Sebab kerja remehlah, korang patutnya kena tolong buatkan tapi dengan cara yang lebih teratur :

Cara Salah :

  • Berkira Tentang Kerja
  • Banyak Alasan Sebab Sibuk Kerja
  • Lepas Tangan

Cara Betul :

  • Minta Masa Sedikit Untuk Siapkan Kerja Penting
  • Beri Kepastian Untuk Siapkan Tugas Tersebut, Jangan Berjanji, Kemukakan Strategi

3. Jika Disuruh Buat Kerja Yang Banyak, Tapi Kena Siapkan Dalam Masa Singkat

Ini antara perkara yang ramai staff jadi panas hati, kerja yang semalam pun masih belum siapkan tapi hari ini dapat kerja baru nak siapkan cepat, dateline tugasan sebelum ini dah dekat. 

Sebagai staff korang cuba bertolak ansur untuk gunakan tenaga kerja semaksima mana yang boleh, itu sebablah kita dibayar gaji bukan? Tapi kalau dah sampai tak dibendung, beritahu boss dengan cara begini:

Cara Salah :

  • Terlalu Emosi & Lantang Untuk Kemukakan Alasan
  • Beri Alasan Dengan Ungkit Kerja Yang Boss Beri Sebelum Ini

Cara Betul :

  • Cadangkan Satu Strategi Yang Boleh Bantu Siapkan Kerja
  • Minta Bantuan Untuk Permudahkan Kerja
  • Cadangkan Pilihan Strategi Lain Untuk Siapkan Kerja

4. Kalau Tidak Sependapat Dengan Boss

Boss seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam industri, tapi tak semestinya dia arif dalam kemahiran-kemahiran tertentu sertimana yang kita ada, itu sebablah kenapa beliau 'hire' pekerja untuk sesuatu jawatan tersebut. Dalam perbincangan pasti akan wujudnya perbalahan pendapat, macam mana kita nak kemukakan?

Cara Salah :

  • 'Condemn' Cara Boss
  • Tiada Sebarang Cadangan

Cara Betul :

  • Curahkan idea lain
  • Kemukakan sebab kenapa cara boss tak 'kena'