Boleh Ke Kalau Letak Kerja Yang Tak Sampai Setahun Pengalaman Dalam Resume?
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Boleh Ke Kalau Letak Kerja Yang Tak Sampai Setahun Pengalaman Dalam Resume?

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2017
pada 9:20 AM

“Eh valid ke kalau nak masukkan pengalaman kerja kalau kerja tak sampai setahun?” Ini soalan yang paling biasa sekali job seekers kemukakan dan diorang ni confuse boleh ke tak letakkan kerja part time, atau kerja full time yang tak cukup setahun pengalaman kerja dalam resume ni.

Okay korang kena faham, berhenti kerja tak semestinya dipecat, ada juga faktor-faktor lain seperti syarikat ‘gulung tikar’, dan layoff pekerja secara beramai-ramai. Kalau yang bekerja di syarikat advertising lagi lah biasa hadapi isu ini. Jadi apa yang perlu korang fikirkan sebelum masukkan pengalaman kerja singkat itu dalam resume?

 

1. Berapa singkat kerja tersebut?

Kalau korang kerja dalam tempoh 12 bulan atau lebih kurang, boleh tulis dalam resume. Tapi kalau kurang dari 6 bulan, penemuduga akan mula ajukan soalan “Mengapa? Kenapa sekejap? Ada masalah?” dan bermacam lagi soalan yang sukar untuk korang nak cari jawapan.

Ini sebabnya recruiter nak tahu masalah itu berpunca daripada korang ataupun syarikat tersebut? Jadi kalau rasa was-was jangan tuliskan pengalaman kerja yang kurang dari 6 bulan dalam resume korang tu.

 

2. Adakah ianya kerap berlaku atau jarang?

Selalu ke korang bekerja buat jangka masa yang singkat? Ataupun ianya hanya berlaku sekali dua je? Kalau resume korang tu berderet pengalaman kerjayang tak sampai setahun, ianya akan bagi bad impression kepada penemuduga.

Kalau berlaku sekali dua, mesti ada alasan yang munasabah betul tak? Tapi kalau ianya bukan salah korang Cuma bad luck je join company yang tak tahan lama, jadi korang kena senaraikan kerja dengan job skop sekali biar nampak solid!

 

3. Adakah ianya membantu dalam pencarian kerja?

Korang rasa dengan senaraikan kerja yang kurang daripada setahun pengalaman tu boleh bantu dapatkan kerja tu ke? Sebagai contoh, korang pernah bekerja di syarikat startup yang tersenarai dalam Forbes ke. Walaupun tak sampai setahun, korang boleh letak sebab ianya akan buat penemuduga rasa kagum.

Tapi ada juga keburukannya, sebab majikan akan tanya mengapa korang tak terus bekerja di situ? Maslaah sikap atau etika kerja ke? Jadi siap-siapkan lah dengan jawapan terebaik korang ya.

Sekali lagi, ianya tiada jawapan kukuh samada perlu atau tidak letakkan kerja yang tempoh singkat dalam resume kerana ianya bergantung pada beberapa faktor. Jika ianya menonjolkan kemahiran korang yang hebat maka teruskan letak! Tetapi jika kerja itu tidak dapat membantu apa-apa mungkin korang perlu pertimbangkan semula. Harap ianya menjawab segala persoalan korang. Selamat maju jaya dalam menulis resume.