Boleh Ke Wanita Kerja Shift Malam? Ini Jawapan Menurut Akta Kerja 1955
# Pengetahuan Pekerja

Boleh Ke Wanita Kerja Shift Malam? Ini Jawapan Menurut Akta Kerja 1955

post by Izuan

by Izuan

Feb 22, 2022
pada 6:36 AM

Kerja shift memang akan menawarkan bayaran yang tinggi, namun ada juga cons nya kerana kekangan masa dan berisiko tinggi terutamanya dalam kalangan wanita. Ada sesetengah majikan suka 'mengerah' pekerja mereka untuk bekerja lebih masa. Biarpun ditawarkan bayaran OT, pekerja wanita harus ingat bahawa Akta Kerja 1955 telah menegaskan bahawa..ketahui penjelasan daripada Syamsul Rijal Jamil ini

Wanita TIDAK DIBENARKAN bekerja selepas dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

 

[CELIK HR]~ Wanita Dan Shift Malam

Merujuk kepada Seksyen 34(1) Akta Kerja 1955, Wanita TIDAK DIBENARKAN bekerja selepas dari jam 10 malam hingga 5 pagi. Ini bermaksud, wanita harus berada dirumah bersama suami dan anak-anak sehinggalah pukul 5 pagi.

Jika wanita ini ingin bekerja pada shift malam...

Namun, Seksyen 34(1) Akta Kerja ini juga membenarkan jika wanita ini ingin bekerja pada shift malam (7 pm-7am) dengan syarat, Majikan PERLU mendapatkan PERMIT KERJA atau KEBENARAN dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (DGIR) terlebih dahulu. Jika Majikan TIDAK MEMPUNYAI PERMIT ini, maka Majikan tertakluk kepada amaran, arahan dan tindakan undang-undang berbentuk penalti dari Jabatan Tenaga Buruh.

Asal sahaja pekerja wanita itu bekerja dalam tempoh mulai atau sebelum jam 10 malam dan melepasi jam 5 pagi, permit atau kebenaran bekerja harus ada. Kalau dalam tempoh tersebut Rina (bukan nama sebenar) bekerja hanya untuk beberapa hari kerana OT, adakah Majikan perlu mendapatkan permit ?

Ya. Permit ini penting untuk memastikan tanggungjawab Majikan dalam mengurus keselamatan dan keperluan pekerja wanita ketika dan selepas waktu bekerja.