"Bos Ajak Saya Ikut Ke Tempat Kerja Baru Dia, Patut Ke Saya Terima Offer Tu?"
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

"Bos Ajak Saya Ikut Ke Tempat Kerja Baru Dia, Patut Ke Saya Terima Offer Tu?"

post by Aisya

by Aisya

Jul 24, 2017
pada 9:54 AM

Semua orang pasang angan-angan untuk ada syarikat sendiri dan jadi bos besar. Tipu lah kalau tak pernah terlintas angan-angan ini kan? Dan ianya adalah perkara biasa jika pekerja gunakan pengalaman bekerja sebagai ilmu untuk nak buka startup nanti. Majikan tidak boleh halang cita-cita pekerjanya dan lagi baik kalau majikan sokong sepenuhnya.

Andai kata bos korang bercadang untuk pindah tempat kerja atau membuka syarikat sendiri, dan bercadang untuk tarik korang sekali, adakah korang akan terus katakan "Yes"? Korang memang suka bekerja di bawahnya kerana sikapnya yang cukup profesional tetapi dalam masa yang sama berat hati juga nak tinggalkan syarikat sekarang ni. Jadi nak tolak ke atau terima tawaran tersebut?

 

Peluang kenaikkan pangkat

Memang ada kelebihannya tersendiri apabila korang ikut bos lama ke tempat baru. Korang akan rasa selamat apabila diberi jawatan baru kerana korang tahu yang korang amat berharga sebab itu lah dia tarik korang sekali. Disebabkan hubungan yang sudah terjalin sejak bekerja dahulu, korang mungkin akan menerima pelbagai manfaat atau mungkin dinaikkan pangkat kerana bos sudah tahu sikap kerja korang bagaimana dan senang untuk bekerja rapat dengan korang. Sukar untuk dia nak pecat korang kerana korang tahu dia perlukan khidmat korang dalam nak establish kan startup company. 

 

Bersedia untuk dibenci oleh rakan sekerja lain

Ada juga keburukan dia apabila korang terima tawaran bos. Memang akan ada lah colleagues yang tak puas hati dengan korang dan gelar bermacam-macam nama dekat korang seperti tikaam belakang bos lah sebab lepas bekerja lepas tu cabut diri pergi join company lain pula. Tak sedar diri lah dan bermacam lagi. Jadi kornag memang buktikan pada mereka yang korang bukannya  pekerja kesayangan yang ditawarkan kerja bukan atas sebab usaha kerja korang yang berkualiti. 

 

Buat pilihan yang terbaik

Jika korang mahu kembangkan kerjaya dalam dunia korporat, terlampau bergantung atau rapat dengan bos bukan lah satu tindakan yang efektif. Korang perlu belajar untuk berdikari dan buktikan yang korang mampu berjaya tanpa sebarang pertolongan sebegitu. Kalau terus bekerja di tempat lama dan tidak berganjak, ia juga berikan korang beberapa manfaat dan peluang. Bukan bos korang je yang nampak usaha dan komitmen korang dalam melakukan kerja, kalau betul korang ni pekerja yang berdedikasi semua orang akan nampak akan hasil kerja korang serta orang atasan sekalipun. 

Bayangkan ya, apabila bos lama koranag meletak jawatan kerana mahu bina company sendiri korang lah yang akan jadi orang yang akan menggantikan segala tugas terdahulu. Ini kerana hanya korang je yang tahu apa yang dilakukan dan faham dengan baik sekali. Apabila bos baru masuk, memang dia akan perlukan korang untuk bekerja dengan korang dengan lebih rapat. Dia akan perlukan khidmat korang atau juga sebagai partner untuk nak ambil alih tugas lama. Nampak kan? Korang mungkin akan dapat kelebihan pada masa hadapan.

Tapi kalau korang membuat keputusan untuk terus tinggal dan menolak tawaran itu, beritahu pada bos sebaik mungkin. Maklumkan pada dia sebab atau alasan kukuh mengapa kornag terpaksa tolak tawaran kerja itu. Alasan munasabah seperti mungkin berpeluang untuk dinaikkan pangkat dalam masa terdekat ini memang akan difahami oleh semua orang. Apa-apa pun lakukan pilihan yang bijak!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 3,000 pendaftar terawal >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma