Bosan Asyik Hadap Komputer Je? Ada 10 Kerja Yang Boleh Melancong Sambil Bekerja. Cubalah!
# Gaya Hidup

Bosan Asyik Hadap Komputer Je? Ada 10 Kerja Yang Boleh Melancong Sambil Bekerja. Cubalah!

post by Aisya

by Aisya

Jun 7, 2016
pada 9:02 AM

Asyik-asyik duduk dekat office je jemu juga. Dari pagi sampai petang buat benda sama, seharian, berbulan-bulan masih tak berubah. Kadang-kadang rasa macam nak juga ambil cuti lama pergi bercuti tapi bila tengokkan meja berterabur dengan kerja yang tak siap-siap rasa macam tak ada chance je. Pernah terfikir untuk berhenti kerja dan buat benda yang korang paling suka?

Tak, korang tak payah sampai berhenti kerja ataupun sampai kosongkan poket jika nak buat kerja yang enjoy. Kalau korang ada semua skill yang diperlukan korang boleh cuba mohon 10 kerja yang menarik ni tanpa kosongkan poket korang:

1. Travel writer

Nampak nama pun dah tahu melibatkan travel ke sini-sana. Best kan kalau dapat kerja macam ni? Korang bukan je buat kerja yang korang minat malah dapat pengalaman baru lagi ke tempat orang. Dah boleh la mula tanda dekat peta mana je korang dah pernah jejak kaki. 

Yang paling best sekali pasal kerja ni, korang tak akan terasa macam tengah bekerja. Korang jalan-jalan lawat tempat best, ambil gambar dan balik hotel nanti bukak laptop tulis balik pasal trip korang. Rasa nikmat sangat bila orang baca tulisan korang dan jadikan panduan untuk travel nanti. 

2. Arkeologi

Arkeologi ni akan merantau keseluruh pelusuk dunia dan selalunya ke tempat yang tak pernah diterokai lagi untuk mencari artifak zaman purba kala dulu dan memulihkan. Kerja sebagai arkeologi ni bagi  korang peluang untuk merantau dalam tempoh yang lama sampai bertahun tau sebab bukan  senang nak mengkaji sejarah ni. Ia juga agak lasak tapi enjanjikan pengalaman yang menarik bila korang sampai dulu tempat yang tak ada orang tahu wujud.

3. Guru ESL 

Warga pendidik ESL (Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) amat-amatlah hot sekarang ni tak kira di Malaysia ataupun luar negara. Bila korang ambil kerja sebagai guru ESL ni, korang bakal melalui pengalaman yang luas iaitu menolong para pelajar untuk memahami bahasa penting ni sambil meneroka budaya di tempat anda mengajar. Posisi kerja ni memerlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam latihan ESL serta lesen khas untuk diambil bekerja.

4. Pekerja atas kapal pelayaran

Kerja atas kapal percutian mewah ni memang antara impian yang kalau boleh nak juga rasa. Korang seolah-olah bercuti sekeliling dunia untuk bekerja, dan jangan lupa pulak dapat makan macam-macam makanan bertaraf lima bintang serta penginapan yang selesa. Tak kisah lah korang ni krew restoran, penghibur live atau apa sekalipun pasti ada peluang untuk jadi salah seorang pekerja atas kapal pelayaran mewaah. Yang penting korang kena alert dengan kekosongan kerja dan cepat-cepat mohon.

5. Photographer

Photographer ni kerja yang amat demanding. Macam contoh photographer untuk majlis perkahwinan, korang bakal merasa untuk merantau dengan pengantin ke tempat-tempat percutian yang cantik untuk mendapatkan gambar yang sangat gempak. Bukan je dapat duit poket, tapi boleh bercuti free pulak tu. Kata orang sambil menyelam minum air. 

Bukan pengantin je yang perlukan photographer, selebriti pun atau orang kenamaan kalau pergi bercuti akan bawa photographer untuk abadikan moment-moment penting dalam album. Serius bila dengar best betul. Tak rasa macam tengah bekerja langsung.

6. Flight attendant

Memang ketara lah kan kalau kerja sebagai pramugari ni memerlukan korang travel tapi kerja ni agak senang juga untuk dimohon. Kebiasaanya syarikat penerbangan hanya memerlukan korang lulus SPM tapi itu tak bermaksud kerja ni mudah tau.

Waktu kerja sering tak menentu, melayan karenah beratus-ratus orang setiap hari, jet lagged dan sebagainya memang amat penat. Yang best bila korang dapat peluang untuk lawat tempat perlancongan yang menarik dan bonus yang lagi best bila korang dapat diskaun seperti penerbangan percuma untuk anda dan keluarga. 

7. International aid worker

Teringin untuk melancong untuk hidup sambil membuat perubahan dalam kehidupan orang lain?  Korang boleh pertimbangkan bekerja untuk organisasi bantuan international. Dengan kerja ni, korang boleh pergi ke tempat yang sangat daif dan menyelami kehidupan mereka yang serba kekurang dan bantu mereka unntuk mengubah kkehidupan kearah lebih baik. Kebiasaanya anda akan ditempatkan di kawasan yang mengalami bencana alam serta kebuluran. Saat ini lah korang boleh ambil masa untuk reflect diri balik dan bersyukur dengan apa yang ada.

8. Kru produksi

Produksi teater dan pemuzik akan pergi jelajah ke pelusuk tempat sepanjang masa dan saat ini lah mereka perlukan banyak tenaga kerja yang dipanggil kru produksi dalam menjayakan konsert. Keselaluannya, kru-kru ni akan ikut travel sekali selama mana diorang buat jelajah jadi tak rasa best ke lepas satu konsert bergerak ke kkonsert yang lain pula. 

Mungkin dengar agak penat, iyelah dalam bidang produksi ni macam-macam kemungkinan kita kena jangkakan untuk bagi konsert berjlan lancar tanpa sebaarang kesalahan teknikal. Korang rasa korang peminat musik dan suka mengembara, ini lah kerja yang korang idamkan selama ni.

9. Travel agent

Dalam era teknologi sekarang ni senang je nak cari maklumat dalam Google, dan mungkin ada sesetengah berfikiran yang ejen perlancongan ni dah makin tidak popular. Ternyata korang salah sama sekali sebab masih ramai yang memerlukan perkhidmatan pakar dalam memberi nasihat sebelum melancong ke sesuatu tempat.

Diorang ni boleh bagi korang tips dalam tempat penginapan yang murah, tempat makan best, pengangkutan awam di tempat tu dan macam-macam lagi. Ramai orang Malaysia yang tinggal di luar negara menawarkan perkhidmatan untuk orang Malaysia yang ingin melancong ke tempat mereka. Iyelah mereka dah mahir dengan selok-belok semua kan?

10. Wakil jualan

Bekerja dalam bidang jualan ni dan khususnya sebagai wakil untuk company, korang diperlukan untuk travel ke sebahagian kawasan untuk menjual produk kepada syarikat bisnes, atau wakil bisnes yanng lain. Sebab kebanyakkan kerja dalam bidang jualan ni adalah bergantung pad komisyen korang, maka korag ddibayar berdasarkan berapa banyak produk yang korang berjaya jual. Jadi kalau korang jenis yang sangat berkarisma dan pandai memujuk, ini mungkin kerja yang paling sesuai. 

Untuk tahu lebih banyak lagi kerja yang offer korang merantau ni boleh klik dekat sini.