Buat Pergerakan Kecil Ni Je Mampu Lawan Risiko Penyakit! Berita Baik Ni! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Buat Pergerakan Kecil Ni Je Mampu Lawan Risiko Penyakit! Berita Baik Ni! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 22, 2016
pada 3:01 AM

Semua kerja ada risiko yang tersendiri. Ada yang berpendapat, kerja di pejabat ni kepala boleh botak sebab terlampau stress, risiko mendapat penyakit jantung tu tinggi.Tapi nak buat macam mana kan, demi rezeki korang gagahkan juga. Fakta terbaru kami temui buat korang yang kerja di pejabat menghadap laptop 8 jam straight!

Satu kajian dari penyelidik di University of Missouri (MU) di Amerika Syarikat mendapati bahawa melakukan pergerakan kecil atau 'fidgeting' sambil duduk boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara mendadak. Wah! Satu cara alternatif untuk menjaga kesihatan korang walaupun dalam kesibukan bekerja. 

Menurut The New York Times, penyelidik telah mengukur tahap aliran darah yang normal melalui salah satu daripada arteri utama di kaki mereka untuk melihat sejauh mana arteri membalas kepada perubahan dalam tekanan darah. Mereka telah lakukan kajian ke atas 11 pelajar lelaki & perempuan yang masih aktif & sihat.

Selepas 3 jam responden duduk di meja tanpa bangun dari tempat masing-masing tapi menggerakkan satu belah kaki manakala yang lagi sebelah kekal statik, ini yang berlaku :

1. Kaki yang digerakkan mempunyai aliran darah yang lebih tinggi daripada kaki sebelah yang statik 

Para penyelidik beranggapan bahawa melakukan sedikit pergerakan kaki hanya mampu tingkatkan aliran darah ke anggota bawah yang lain, tapi amat mengejutkan pabila mendapati pergerakan kecil tu cukup untuk cegah penurunan atau kegagalan fungsi arteri

2. Pergerakan kecil lebih baik daripada tiada langsung

Meskipun korang kerja menghadap laptop & duduk 8 jam straight di pejabat, menggerakkan kaki walaupun dalam kadar yang kecil mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Walaupun korang busy sampai takda masa nak lari buat kopi kejap di pantri, jangan risau, dapat hentak kaki sikit di lantai pun dah memadai. Kalau korang berkesempatan untuk berdiri atau berjalan sekitar kawasan pejabat pun lagi bagus!