Bukan Saja Span 'Melamin,' 7 Barang Ni Pun Sangat 'Worth It' Untuk Korang Beli Di Daiso!
# Trending Semasa

Bukan Saja Span 'Melamin,' 7 Barang Ni Pun Sangat 'Worth It' Untuk Korang Beli Di Daiso!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2018
pada 10:25 AM

Sebut je kedai serbaneka Daiso pasti ramai yang tahu kedai popular dari Jepun itu. Paling best, semua barangan di kedai tersebut berharga RM5.57. Kalau sekali pergi, memang rasa nak borong satu kedai.

Jika korang jenis yang suka mengemas dan membersihkan rumah tak lengkap rasanya jika korang tak ada barang-barang berguna ini yang memang berbaloi untuk dibeli.

 

Kalau korang gemar masuk ke gedung popular Jepun yang menjual barangan dan perkakasan rumah Daiso, korang mesti selalu nampak paket-paket span yang dihiasi makhluk bermata ni betul tak?

Tak ramai yang tahu betapa ajaibnya span ini sehinggalah baru-baru ini, tular beberapa keping foto dan perkongsian tips berkenaan cara membersihkan barangan kotor semudah ABC dengan hanya gosokkan span yang dipanggil span melamin ini.

Ini antara 8 barang yang korang patut beli di Daiso semurah RM5.57 je!

 

#1 Span 'Melamin' Mampu Bersihkan Kotoran Semudah ABC

Tengok magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil.

Baik kasut putih yang lebam, almari dapur lama, beg tangan yang sudah pudar warnanya mahupun dinding rumah yang dipenuhi contengan, span ini mampu menghilangkannya secara mudah.

Senang kerja korang kan? Tak perlu guna sabun. Kesat-kesat je dengan span melanin yang lembap, terus hilang kotoran degil!

#2 Penghalau kucing

Ini bukan racun. Kucing berak merata-rata elok la beli ni untuk kesejahteraan bau bauan.

#3 Pembeku minyak masak

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar.

#4 Pengasing sampah di sinki

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.

#5 Stone ice cubes

Traditional way kita bekukan air dan menjadi ais. Yang ni reusable stone ice cube. Jangan risau, tidak memudaratkan.

#6 Konjac puff

Nak cuci muka ala-ala dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.

#7 Sabun mesin basuh

Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sebelah dalam-dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dekat daiso. Boleh tengok yang ni dan 1 lagi tu.

#8 Agen pembersih paip

Nak bersihkan dalam-dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak keladak dalam paip tu.