Cara Install RFID, Boleh Ke Guna SmartTAG &  10 Info Penting RFID & SmartTAG Korang Wajib Tahu!
# Trending Semasa

Cara Install RFID, Boleh Ke Guna SmartTAG & 10 Info Penting RFID & SmartTAG Korang Wajib Tahu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 9, 2018
pada 5:21 AM

RFID merupakan satu sistem pembayaran tol baru yang akan menggantikan SmartTAG yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1999 lagi. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, penjualan SmartTAG akan dihentikan dengan serta-merta.

Pasti ramai pengguna yang mula keliru dan tak tahu bagaimana untuk menggunakan RFID ni kecuali info tentang tidak perlu berhenti atau perlahankan kenderaan untuk membuat pembayaran di kaunter tol. 

Jangan risau! Di sini admin dah senarai 10 perkara yang korang wajib tahu tentang RFID dan SmartTAG supaya memudahkan urusan korang nanti!

 

1. Siapa yang boleh mohon RFID?

Ujian RFID kini terbuka untuk pengguna highway di Lembah Klang yang memandu kenderaan sendiri yang berdaftar. Kenderaan yang dibenarkan adalah kereta, van, jeep dan pickup (Kelas 1).

 

2. Bagaimana nak mohon RFID?

Sekiranya ingin memohon, hantarkan nama dan info untuk dihubungi di sini >>> KLIK SINI <<<. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.

 

3. Bila dan di mana untuk mendapatkan tag / stiker RFID?

Sekiranya ingin memohon, hantarkan nama dan info untuk dihubungi di sini >>> KLIK SINI <<<. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.

 

4. Perlu guna smartphone ke kalau nak guna RFID?

Ya, jika ingin menggunakan RFID, pengguna perlu download Touch 'n Go eWallet menerusi mobile app. Bayaran tol akan ditolak daripada Touch 'n Go eWallet. Disebabkan itu, pengguna perlu menggunakan smartphone.

 

5. Kalau smartphone habis bateri atau tiada signal macam mana?

Sistem RFID akan mengesan pelekat RFID untuk caj bayaran tol, bukan smartphone. Oleh itu, jangan risau sekiranya smartphone korang kehabisan bateri ataupun tiada signal.

 

6. Bagaimana cara nak pasang pelekat RFID?

RFID ini perlu dilekatkan pada cermin atau lampu depan kenderaan di pusat yang diiktiraf. Setiap pemasangan dijangka tidak akan mengambil masa lebih daripada 15 minit. 

 

7. Bagaimana dengan SmartTAG saya yang sedia ada?

Pemberhentian jualan tak memberi kesan kepada penggunaan SmartTAG yang korang ada sekarang ni. Korang masih boleh gunakan SmartTAG yang korang ada tu seperti biasa. 

 

8. Boleh ke kalau nak guna SmartTAG untuk bayar tol di highway?

Ya, SmartTAG anda masih boleh digunakan di lebuh raya untuk membayar tol seperti biasa.

 

9. Berapa lama sebenarnya warranty SmartTAG?

Tempoh warranty SmartTAG adalah setahun dari tarikh pembelian.

 

10. Boleh ke kalau saya nak mohon refund untuk SmartTAG?

Tak boleh.  Semua pembelian SmartTAG adalah muktamad dan tidak dapat dikembalikan. SmartTAG masih boleh digunakan di highway dan mempunyai warranty satu (1) tahun bermula dari tarikh
pembelian.

 

Sumber oleh: TOUCH 'n Go