Cara Nak Simpan Duit Kahwin Sampai 5 Angka Kurang Dari 3 Tahun
# Trending Semasa

Cara Nak Simpan Duit Kahwin Sampai 5 Angka Kurang Dari 3 Tahun

post by Izuan

by Izuan

May 21, 2018
pada 4:40 AM

Nak melangkah ke alam perkahwinan ini rasanya memang indah, 'excited' untuk menempuh alam baru. Tapi dalam masa yang sama rasa tertekan, kenapa? Sebab nak cari bajet untuk kumpul duit kahwin tersebut.

Sejurus sahaja tarikh sudah ditetapkan, dalam otak mesti rasa iba-tiba ada satu bebanan. Korang sebenarnya perlu lakukan persediaan ini dari awal, bagi mereka yang 'ikat' sampai bertahun-tahun tu, inilah peluang untuk korang lakukannya.

Bagi yang baru bekerja, tak perlu tunggu calon mendatang, inilah langkah awal yang korang patut lakukan agar nanti mudah urusan bila dah jumpa 'bakal nanti'.

Cara-cara untuk korang boleh simpan duit kahwin dalam tempoh kurang dari 3 tahun!

Anak dara sekarang makin mahal? Ramai sangat lelaki yang minta Tun M turunkan harga anak dara sekarang. Korang silap, yang mahalnya kos majlis kahwin sekarang yang makin meningkat. Tapi korang sendiri yang taknak usaha untuk kumpul duit kahwin macam mana? Ha, so kami nak share sedikit cara-cara untuk korang boleh simpan duit kahwin dalam tempoh kurang dari 3 tahun! Tapi pastikan korang kena disiplin yaa! Tak disiplin jangan haraplah dapat kahwin awal. Bercinta kosonglah korang tanpa ada matlamat tu.

1. Bila Nak Kahwin ?

Bercinta ni kena lah ada matlamat jangan lah bercinta kosong, buang masa buang duit je kan. Pastikan korang dah set tarikh atau tahun nak kahwin. Kalau takde target, susah untuk korang Achieve target. Kebiasaannya Persediaan kahwin dibuat 2 tahun awal

2. Set bajet kahwin korang.

Contohnya Rm20000. Bila cakap fasal simpan duit kahwin ni, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Bukan ke berkahwin ni perkara yang perlu dibuat bersama? Ya duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi. Kita berbalik pada bajet Rm20000 tadi, jadi setiap seorang kena sediakan Rm10000.

Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan kuat berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga. Yang perempuan pula sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia susah senang bersama lelaki tu

3 .Sediakan tabung kahwin

Dah set bajet kahwin tu kena lah sediakan tabung kahwin. Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Setiap orang pasti ada ‘dream wedding’ kan dan mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin. Yang dah ada calon tu lagi lah wajib ada tabung kahwin tu

4. Tahan Nafsu

Jangan kalah dengan nafsu nak membeli bila nampak itu sale ini sale, itu lawa ini lawa, itu murah ini murah. Lagi2 yang perempuan ni. Disiplinkan diri korang tu. Selain tu, kawan pun salahsatu faktor yang akan mempengaruhi korang dalam penggunaan wang melebihi bajet.

Bagi tahu je kawan tu yang sekarang korang tengah menyimpan. Kalau kawan korang tu betul kawan dia akan faham dan bagi sokongan lagi kat korang., tapi kalau jenis tak peduli ni hmmm faham-faham sendiri lah. Nak dating pun kalau boleh jangan jumpa hari-hari.

Sebab apa? Dating ni pun tak sah kalau tak keluar duit kan? Kumpul lah banyak-banyak rindu korang kat pasangan tu, baru lah dating getew

5. Jangan bergantung pada satu pendapatan sahaja

Rajin-rajinkan diri tu buat pendapatan sampingan yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal seperti dropship, uber, grabcar dan lain-lain. Sekarang ni bersepah founder leader stokis yang cari agent dropship kan.

So gunakan peluang yang diaorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Nak kahwin ni memang kena struggle sikit lah kan. Tips dia korang kena jual produk yang orang dah tahu, yang jenis leader atau stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan

Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komisen. Contohnya, produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy dan macam-macam lagi lah. Normally keuntungan dropship Rm5-Rm30. Andai kata lah korang dapat jual 5 produk dan average keuntungan dalam Rm5/pcs

Sehari 5pcs x Rm5 = Rm25 Sebulan 30 hari x Rm25 = Rm750 2 Tahun 24 bulan x Rm750 = Rm18000. Wuu dalam 2 tahun dah dapat Rm18000. Itu baru cerita average untung Rm5 kalau untung Rm10? Tak ke Rm36000 dalam masa 2 tahun. Aik,dah lebih dari bajet kahwin korang Rm20000 tu. Lebih takpe, boleh simpan untuk kehidupan lepas kahwin pulakan haa.

6.Pinjam bank? Hmm, ini tak berapa nak digalakkan.

Ramai yang buat silap. Kalau terpaksa pinjam bank, maknanya korang masih belum mampu lagi. Kalau belum kahwin pun tak mampu nak simpan Rm500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan Rm 500.

Memang senak nak bayar nanti. ASB Loan? hmm boleh kalau komitmen korang tak banyak, dan kalau korang plan kahwin dalam masa 3 ke 5 tahun akan datang, sebab kalau dalam tempoh 2 tahun hmm rasanya tak berbaloi. Boleh minta advise dari ASB consultant yang bertauliah hihi.

7. Disiplin

Yang terakhir sekali, kalau korang plan untuk meniaga droship ke, buat simpanan setiap bulan dan macam-macam lagi untuk simpan duit kahwin tapi kalau takde disiplin, tak guna juga kan? Contohnya dah kumpul hampir Rm800 setiap bulan, masuk bulan ke 6 misalnya dah jadi Rm4800, hmm tengok angka pun cantik, tiba-tiba ada nak beli benda lain pula. JANGAN! Tahan sikit nafsu membeli tu. Disiplinkan diri korang. Ha nak kahwin cepat tak ?? So, Disiplin !