CEO Google Beri Respon Bila Budak 7 Tahun Ini Tulis Surat Nak Mohon Kerja
# Trending Semasa

CEO Google Beri Respon Bila Budak 7 Tahun Ini Tulis Surat Nak Mohon Kerja

post by Izuan

by Izuan

Feb 16, 2018
pada 8:21 AM

Selepas ayahnya menunjukkan gambar bean bags, ada go kart dan gelongsor serta suasana persekitaran pejabat di Google, semangat gadis 7 tahun Chloe Bridgewater ini semakin membuak-buak untuk bekerja disana.

Dengan penuh rasa yakin, gedis kecil ini menulis surat permohonan dan terus hantar ke syarikat tersebut. Tanpa diduga, permohonannya telah mendapat perhatian daripada CEO sendiri, Sundar Pichai beberapa hari selepas permohonan dibuat.

Chloe & Andy Bridgewater

Sudah semestinya permohonan ditolak, namun Pichai memberikan mesej yang membina kepada gadis ini. Respon itu dihantar melalui surat sepertimana yang dilakukan oleh Chloe. Dalam kandungan surat tersebut, Pichai  memberikan sokongan dan dorongan terhadap minatnya dan menggalakkan untuk terus menimba ilmu lebih mendalam dalam bidang komputer, robot dan teknologi.

Surat Permohonan Chloe

Respon Google "I look forward to receiving your job application when you are finished with school! :)"

Pihak Google sendiri telah mengesahkan bahawa permohonan surat itu adalah benar. Ayah kepada Chloe, Andy Bridgewater menzahirkan rasa terharu melalui laman LinkedIn miliknya kerana Google sudi melayan karenah anaknya itu. 

Chloe telah hilang semangat dan keyakinannya selepas ditimpa kemalangan pada dua tahun lepas, namun  semangatnya kembali selepas menerima mesej membina daripada CEO Google.