CEO Sendiri Tunjuk Kesalahan 'Basic' Yang Calon Suka Buat Pada Resume, Rujuk Balik!
# Pengetahuan Pekerja

CEO Sendiri Tunjuk Kesalahan 'Basic' Yang Calon Suka Buat Pada Resume, Rujuk Balik!

post by Izuan

by Izuan

May 22, 2018
pada 10:03 AM

Resume yang ringkas dan padat semestinya akan memudahkan majikan untuk mengenali dan memahami diri anda, segala kedudukan dan sususan template perlu dititik beratkan bagi memastikan resume anda sentiasa kelihatan kemas.

Zaman sekarang, majikan sudah tidak berminat lagi untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai diri, tetapi 'produk' yang ada pada diri dalam diri anda. Buktinya, majikan ini sendiri dedahkan bahawa butiran 'merapu' itu sudah tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Ketahui butiran apa yang beliau maksudkan serta beberapa kesalahan 'klasik' yang terdapat did alam resume calon temuduga ini untuk rujukan anda semua.

1. Plus point calon ini adalah kepimpinan. Sepatutnya ia diletakkan selepas education atau training.

2. Penyataan 'objectives' atau yang sewaktu dengannya tu tak perlu dah rasanya tahun 2016 ni. Kita tahu itu semua poyo je!

3. Susunatur keseluruhan resume sepatutnya boleh buat 2 page je. Takde pasal-pasal kena bazirkan sehelai kertas untuk page ke-3 tu. Kat sini boleh nampak kelemahan Duty of Care calon

4. PDF la dokumen tu dik...aiyoyooo!!!

(Sekadar Gambar Hiasan)

Kepada anda terutamanya dalam kalangn graduan muda, ambil perkongsian ini sebagai rujukan anda. Perbetulkan semula resume anda jika berlaku kesilapan sepertimana ada dalam perkongsian Ir Meor Shamsir ini.