Cintakan Kerjaya & Rangkul 'Best Employer' Namun 4 Perkara Ni Punca Letak Jawatan!
# Pengetahuan Pekerja

Cintakan Kerjaya & Rangkul 'Best Employer' Namun 4 Perkara Ni Punca Letak Jawatan!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 22, 2019
pada 12:34 AM

Masalah majikan sehingga pekerja tak tahan lama itu kita sudah biasa dengar, mungkin disebabkan pekerja tersebut hilang 'passion' terhadap kerja yang dilakukan atau pekerja sendiri yang bermasalah. Namun, bagi pekerja yang meminati bidang pekerjaan tersebut, ia tidak menjadi satu masalah bagi mereka walau seteruk mana pun majikan itu.

Tapi bagaimana pula kalau pekerja itu mempunyai 'passion yang tinggi' sehingga menjadi seorang pekerja terbaik dalam syarikat tapi dia juga letak jawatan? Memang majikan itu bermasalah tahap kritikal dah namanya, buatlah macam mana sekali pun pekerja takkan hirau lagi.

Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang 'menyekat' mereka daripada melakukan sesuatu sehingga mereka rasa terbeban. Jadi, fahami apa sebenarnya yang menyebabkan 'best employee' ini membuat keputusan untuk tinggalkan syarikat tersebut.

1. 'Mati Akal' Buat Benda Sama Setiap Hari!

Pekerja mana lah yang suka dirinya seolah-olah 'diikat' dan buat kerja yang sama setiap hari sampai ke tua. Semua pekerja mahukan diri mereka mara kehadapan and berkembang ke arah hidup yang lebih professional.

Mereka mahukan sesuatu perubahan yang menyuntik semangat, jika tiada sebarang peningkatan dalam kerja mereka sepanjang tempoh beberapa tahun. Mereka rasa perlu cari peluang baru di tempat lain sebab pekerja ini sudah mula rasa muak, bosan, tak gembira dan segala perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada prestasi kerja mereka.

2. Beban Kerja Terlampau Banyak

Sikap majikan yang terlalu push pekerja untuk all out tanpa memberikan 'ruang' kepada pekerja sehingga pada satu tahap mereka hilang 'semangat' untuk melakukan perkara tersebut. Puncanya apabila seseorang pekerja itu melakukannya dengan baik pada awalnya, namun tidak mendapat sebarang penghargaan dan respon daripada majikan.

Oleh itu, pekerja merasakan bahawa diri mereka seolah-olah telah dipergunakan malah ditindas, dari situ pekerja kurang menaruh harapan terhadap majikannya dan secara tidak langsung, segala kerja di lakukan dengan sambil lewa.

3. Syarikat Tak Mempunyai Matlamat Yang Jelas.

Dalam pekerjaan, tiada apa yang akan lebih frustating daripada tempat kerja yang dipenuhi dengan visi dan cita-cita besar, tapi tak ada 'isi' yang lebih stategik untuk dicapai. Hanya tahu cakap sahaja. Kiranya segala kerahan yang pekerja lakukan itu kosong, tiada membawa sebarang manfaat. 

Semua orang mahu membuahkan hasil jika melakukan sesuatu, bukan hanya sekadar melakukan kerja. Jika beginilah sikap majikan, kami yakin pasti ramai pekerja yang keluar masuk di syarikat itu.

4. Pergerakan & Kemampuan Terbatas. 

Jika boss kata A, maka A lah jawabnya, tanpa sebarang tambahan idea yang mungkin boleh menjadikannya A+. Sikap majikan yang tidak mahu mendengar dan menderima pendapat pekerja akan menyebabkan mereka rasa terbatas untuk lebih maju.

Memanglah lah boss/manager seorang ketua, tapi tak bermakna dia handal dalam semua benda, dan tak bermakna idea dia sahaja yang hebat hanya kerana mereka lebih lama dalam organisasi tersebut. Tiada galakkan dan dorongan oleh majikan juga boleh menyebabkan pekerja itu rasa putus asa walaupun tugasan tersebut dapat dilakukan dengan baik. Akhirnya, letak jawatan!