Cliche Nya Asyik "Thank You" : 3 Cara Ni Lebih Berkesan Nak Tunjuk Penghargaan - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Cliche Nya Asyik "Thank You" : 3 Cara Ni Lebih Berkesan Nak Tunjuk Penghargaan - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 21, 2016
pada 2:37 AM

Asyik Thank You je lama-lama korang dengar pun bosan kan? Tapi takkan nak beli hadiah besar kot untuk coworker yang dah penat-penat tolong korang. Rasa cliche je ucapan tu. Selain thank you korang boleh buat 3 perkara ni :

1. Kau Lah Penyelamat Hidup

Kata-kata selain dari 'Thank You'  atau Terima Kasih boleh korang ucapkan untuk tunjuk penghargaan pada coworker atau boss yang dah bantu korang menyiapkan tugasan. Kenapa nak kena ubah? Dah kata thank you cukup lah kan? Cuba korang bayangkan rakan kerja korang dah bertungkus-lumus bersengkang mata tolong korang siapkan tugasan sebelum deadline, satu kata yang kukuh dapat menyentuh hatinya tau. Dengan tak cukup tidur bagai, tiba-tiba dapat komen "kau lah penyelamat hidup!" apa korang rasa? Terharu kan walaupun korang tolong sikit. 

2. 'Actions speaks louder than words'

Bukan nak kata Terima Kasih tak cukup untuk tunjukkan penghargaan korang, tapi apa salahnya kalau korang ekspress kan betapa bersyukurnya korang dapat pertolongan dari coworker atau bos. Macam mana nak ekspress? Dah cakap terima kasih ekspress jugak lah kan? Tunjuk & ekspress lain tau. Kadangkala ucapan terima kasih tu dah jadi biasa & impaknya kurang dirasai. Jadi mungkin korang boleh letak sticky note berserta ucapan pendek je pun dah dikira besar. Bukan kata-kata yang diambil kira tapi perbuatan korang yang dilihat oleh coworker korang sebagai sesuatu yang berbeza dari sekadar terima kasih.

3. "I really appreciate it"​

Ucapan ni kalau nak diikutkan memang sama je maksudnya kan? Kalau korang hari-hari dengar 'thank you' pun bosan kan? Bila dengar selain daripada thank you tapi maksudnya sama je, korang rasa impaknya pun lain. Rasa seperti dihargai lebih gitu. Tak salah thank you digantikan dengan kata-kata lain kan?