Jangan Sangka Coklat Ni Menggemukkan. Ada 4 Faktor Ia Dapat Bantu Hilangkan Stress
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Jangan Sangka Coklat Ni Menggemukkan. Ada 4 Faktor Ia Dapat Bantu Hilangkan Stress

post by Shasha

by Shasha

Sep 28, 2016
pada 4:34 AM

Kerja 5 atau 6 hari seminggu dah cukup untuk sumbangkan stress pada korang kan? Samada workload di pejabat semakin bertambah ataupun keadaan di pejabat yang menambahkan stress korang.

Sekotak rokok Dunhill, kopi sehitam inai, teh hijau berkotak pun tak mendatangkan kesan untuk hilangkan stress di otak. Nak exercise, ambil udara segar pun korang congak masa nak luangkan.

Jangan lah runsing sebab kami di Maukerja.my ada alternatif lain yang dapat bantu korang kurangkan stress tanpa perlu membahayakan kesihatan.

Selalu kan dengar kalau stress makan coklat. Jangan lah salah faham kerana bukan semua coklat dapat kurangkan stress. Coklat yang dimaksudkan adalah Dark Chocolate. Kenapa bukan coklat biasa sepeti Cadbury, Kit Kat & sebagainya? Apa yang lainnya dengan Dark Chocolate?

1.Kurang Lemak & Gula

Dark chocolate ni mempunyai kuantiti bahan-bahan tidak sihat yang lebih rendah, seperti lemak & gula berbanding coklat susu yang selalu korang makan.

2.Antioksidan paling berkhasiat

Coklat yang mengandungi lebih banyak peratusan koko sekurang-kurangnya 70 peratus adalah paling bagus sebenarnya & padat dengan antioksidan berkhasiat. Dark chocolate ada lebih banyak khasiat yang coklat susu atau putih takda.

3.Manfaat kesihatan yang pelbagai

Flavanoid yang ada dalam dark chocolate - sebatian aintoksidan yang berikan rasa pahit manis yang ramai tak gemari, ianya menyumbang banyak manfaat kardiovaskular. Untuk pengetahuan tambahan korang, antioksidan yang terdapat dalam dark chocolate ni boleh merendahkan tekanan darah & tingkatkan kolesterol yang baik. Ianya juga dapat kurangkan oxidation daripada kolesterol tidak baik, yang boleh menyebabkan pengumpulan plak dalam arteri. Bukan tu je tau, pengamalan dark chocolate ni korang dapat tingkatkan pengawalan gula dalam darah.

4.Tingkatkan mood

Ternyata kajian yang dijalankan oleh doktor & pakar psikologi mendapati Dark chocolate dalpat tingkat modd & serotonin serta tingatkan tahap endorphin dalam otak. Jangan pulak korang terus makan sekotak terus sebab stress sangat, seperti coklat lain, dark chocolate juga masih mengandungi kalori, lemak tepu & gula. Pengambilan yang ideal disarankan oleh doktor, pengambilan antara satu pertiga & tiga perempat daripada satu auns dark chocolate.