Daftar & Semak E-Kasih Untuk 'Income' Bawah RM1,500, Dapat Bantuan Bil Elektrik PERCUMA!
# Gaya Hidup

Daftar & Semak E-Kasih Untuk 'Income' Bawah RM1,500, Dapat Bantuan Bil Elektrik PERCUMA!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 18, 2019
pada 4:41 PM

Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang eKasih ini, namun ada juga segelintir yang belum tahu tentang bantuan yang disediakan melalui eKasih ini. Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan eKasih ini? 

 

 

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Melalui semakan eKasih, mereka yang terdiri daripada golongan yang mempunyai pendapatan melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa mendaftar dan treshold di bawah RM1,500 bagi bandar dan RM1,000 bagi luar bandar layak untuk mendaftar dan menghantar permohonan eKasih.

 


Masih 'jobless?' Jangan risau, Maukerja boleh bantu cari kerja paling ngam untuk anda!


 

Cara Buat Pendaftaran eKasih

Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

 

Cara Buat Semakan eKasih

1. Masukkan nombor kad pengenalan (KLIK SINI UNTUK MASUKKAN KAD PENGENALAN)

2. Setelah masukkan nombor kad pengenalan, sistem akan memaklumkan sama ada anda telah pun didaftarkan atau belum. 

 

Antara Bantuan Kerajaan Yang Disediakan Melalui eKasih

 

1. Bantuan KWSP Suri Rumah

Isteri yang tersenarai dalam eKasih ini akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI) berdasarkan intipati pembentangan Bajet 2019 Malaysia.

 

2. Bantuan Bil Elektrik PERCUMA

Anda yang tersenarai layak untuk mendapat elektrik TNB secara PERCUMA yang bernilai RM40 sebulan.

 

3. Bantuan Sara Hidup 2019

Anda juga layak untuk mendapat bayaran Bantuan Sara Hidup 2019 sebanyak RM1,000 setahun. Bagi anak-anak pula turut akan diberikan tambahan RM120 setiap seorang.

 


 

Untuk maklumat lanjut tentang eKasih, boleh terus saja layari PORTAL EKASIH DI SINI.