Dah Basuh Berkali-Kali Pun Kesan Minyak & Makeup Pada Tudung? Guna Cara Ni!
# Gaya Hidup

Dah Basuh Berkali-Kali Pun Kesan Minyak & Makeup Pada Tudung? Guna Cara Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 17, 2018
pada 12:19 PM

Ramai tak diantara korang yang mengalami masalah kesan peluh dekat tudung? Stress tau bila seharian pakai tudung balik bukak nak basuh ternampak kesan peluh. Bertambah stress kalau dah basuh, rendam masih tak hilang kesan peluh tu.

Takkan nak buang pulak tudung atau shawl tu kan? Tak kisah la shawl murah ke mahal, mesti akan lekat jugak kesan peluh tu. Stress tau!

Tudung ada bekas-bekas minyak yang basuh berpuluh kali pun tetap tak boleh hilang. Tambah-tambah lagi bila cuaca panas lagi lah senang berpeluh dan habis tinggal tompok-tompok dari minyak makeup.

Orang kata cuba letak bedak bayi sebelum nak basuh. Tapi masih lagi ada kesan minyak tu, tak menjadi pun? 

Gunakan bedak bayi tu dah betul, cumanya cara korang tu je yang salah. Kalau korang lakukan dengan cara yang betul mesti hilang semua kesan makeup dekat tudung. Cuba tengok video ini. 

Tersangat-sangat lah susah nak hilang bila lepas mencuci. Dulu pernah try buat cara yang viral tu letak baby powder sebelum rendam dengan pencuci, tapi failed tak jadi apa. 

Tapi tyma buat je camni, bilas dengan air pencuci pastu letak powder (bedak) sekali, kalau nak tahu hasil silakan mencuba, tyma pkai Carrie Junior punya powder (bedak).

 

*Sumber: Tyma Sadini