Dah Boleh Tahu Siapa 'Record' IG Story Korang Sebab Instagram Perkenal Ciri Baru Ni!
# Gaya Hidup

Dah Boleh Tahu Siapa 'Record' IG Story Korang Sebab Instagram Perkenal Ciri Baru Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2018
pada 2:11 AM

Sejak Insta Story diperkenalkan, ciri tersebut telah menjadi kegemaran ramai memandangkan ciri tersebut membolehkan pengguna merakam aktiviti harian mereka untuk tontonan umum dengan mudah dan cepat. Malah, Instagram turut membenarkan anda untuk membuat rakaman secara live lagi.

Namun, kemudahan yang diberikan ini kadang kala memudaratkan. Banyak pengguna yang mengadu bahawa ada sesetengah video yang dirakam di IG Story mereka telah direkod atau screenshot oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Apa yang lebih membimbangkan, video tersebut disebarkan bagi tujuan yang tidak baik. 

Sebagai pengguna Instagram, pastinya mereka berasa tidak selamat dan insecure sekiranya hal ini berlaku ke atas diri mereka. Tambahan pula, pengguna tidak dapat mengenal pasti siapa yang screenshot video yang telah dikongsikan memandangkan tiada notification pemberitahuan diberikan.

Bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku, Instagram bakal memperkenalkan satu ciri baru dengan memberikan notification sekiranya ada individu yang merakamkan IG Story milik anda. 

Sekiranya terdapat individu yang merakamkan skrin seseorang untuk kali pertama, notification akan diberikan untuk memberitahu bahawa pemilik IG Story tersebut juga tahu mengenai hal ini. 

Untuk rakaman seterusnya, notification tidak akan diberikan tetapi ia terus akan direkodkan ke dalam statistik pemilik akaun yang dirakam. Jadi, pemilik IG Story boleh membuat semakan di bahagian statistik IG Story yang telah disediakan. Dari situlah pemilik boleh mengetahui siapa yang telah merakam video IG Story yang telah di post. 

Semua pengguna Instagram berkemungkinan dapat menikmati ciri terbaru ini tetapi ia bakal ditambah secara berperingkat-peringkat terlebih dahulu. Dijangka kesemua pengguna dapat merasainya dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Selepas ini senanglah nak trace sekiranya ada pihak yang menyebarkan IG Story anda tanpa pengetahuan!

Sumber Oleh: Astro Awani