Dah Lama Buat 'Intermittent Fasting' Tapi Berat Tak Berkurang? Korang Mungkin Buat 4 Kesalahan Ni!
# Gaya Hidup

Dah Lama Buat 'Intermittent Fasting' Tapi Berat Tak Berkurang? Korang Mungkin Buat 4 Kesalahan Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 11, 2020
pada 4:23 PM

Salah satu diet yang sering disebut-sebut dan selalu diamalkan oleh orang masa kini adalah 'Intermittent Fasting.' Seperti namanya, diet ini turut digelar sebagai 'diet puasa' di mana seseorang itu tidak boleh makan pada tempoh tertentu. Diet ini turut dikatakan ada kelebihannya kerana pengamal boleh memilih waktu yang sesuai untuk dia berpuasa. 

Namun, ada juga yang mengatakan diet ini tak mendatangkan hasil atau tak memberi kesan seperti yang diharapkan. Mungkin ada yang tak sedar, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika ingin mengamalkan diet ini. Jangan sekadar tahu untuk berpuasa saja tau!

 

4 Penyebab Diet 'Intermittent Fasting' Tak Berhasil

 

1. Terburu-Buru Nak Capai Target

Sebelum memulakan sesuatu yang baru, korang kena pastikan tubuh badan korang tu biasa dengan rutin baru tersebut. Jangan buat secara mengejut! Seeloknya mulakan secara mengikut tahap sebab tubuh kita memerlukan gula yang mencukupi untuk melakukan aktiviti, jadi sarapan tu sangat penting! 

Seeloknya, mula-mula diet puasa selama 12 jam, kemudian naikkan kepada 16 jam pula. Tak perlu terburu-buru!

 

2. Pilih Makanan Yang Salah

Pastikan korang pilih jenis makanan yang tepat sehingga badan dapat merasa kenyang pada tempoh yang lama. Rasa kenyang dalam tempoh yang lama ni dapat membuatkan fasa puasa berjalan dengan mudah. Sebaliknya, kalau anda mengambil makanan seperti minuman manis, makanan manis atau sebagainya, korang akan mudah merasa lapar!

 

3. Makan Terlalu Sedikit

Ingat, walaupun target korang adalah untuk menurunkan berat badan, tapi korang kena ingat yang korang tak boleh makan pada kuantiti yang sedikit! Pilih makanan yang betul dan boleh membuatkan korang rasa kenyang pada tempoh yang lama. 

Tahu tak sebenarnya rasa lapar tu tak bagus untuk diri korang sebenarnya. Ini akan menyebabkan perubahan suasana hati yang mengakibatkan pola makan berlebihan pada kala fasa normal tiba. 

 

4. Makan Terlalu Banyak

Makan terlalu banyak pada fasa yang normal akan menyebabkan korang mudah rasa lapar ketika menjalankan intermittent fasting. Rasa lapar pada fasa puasa ini akan menyebabkan pola diet korang gagal. Ini kerana pola diet 'makan berlebihan' ini akan menyebabkan tubuh korang sukar untuk menyesuaikan ketika dalam keadaan sedang berpuasa.