Dah Lulus Temuduga, Lakukan Pula 6 Perkara Ini Ketika Baru Masuk Kerja
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Dah Lulus Temuduga, Lakukan Pula 6 Perkara Ini Ketika Baru Masuk Kerja

post by null

by Admin

May 4, 2016
pada 2:28 AM

Temuduga dah lulus dan korang terpilih oleh majikan untuk bekerja dengan mereka, tapi perjalanan korang tak terhenti disitu sahaja. Ada beberapa perkara yang korang harus lakukan sepanjang tempoh percubaan ketika korang baru sahaja memulakaan pekerjaan dalam syarikat tersebut.

Dalam tempoh tersebut, korang akan diperhatikan oleh senior-senior lain tanpa disedari. Jadi, kalau korang tak nak dipandang serong atau reputasi korang tercemar, korang sepatutnya lakukan 6 perkara ini ketika baru memulakan pekerjaan di tempat baru. 

1. Sentiasa Positif!

Mungkin dalam seminggu atau dua minggu pertama korang dikerah melakukan pelbagai kerja, kerap kali ditegur dan dimarahi. Sebenarnya mereka hanya ingin menguji dan melihat kebolehan korang dalam mengendalikan sesuatu kerja sepertimana yang dikatakan sewaktu temuduga.

Jadi jangan telalu fikir perkara yang negatif terhadap tempat pekerjaan korang itu dan sentiasalah berfikiran positif! Memang kebanyakkan syarikat akan melakukan perkara sedemikian terhadap pekerja baru mereka.

2. Kenali Rakan Sekerja

Sebagai seorang yang masih “Junior” dalam syarikat  baru, Korang perlu berkenalan dengan mereka supaya korang tidak rasa terasing di tempat kerja. Pekerja baru harus mendekati pekerja pekerja yang lebih berpengalaman untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga belajar dari pengalaman mereka.

3. Kenal Pasti Selok Belok Syarikat

Korang perlu mengetahui bahagian-bahagian penting  dalam sesebuah syarikat seperti bahagian kewangan, sumber manusia, bahagian perolehan dan lain lain lagi. Ini kerana pekerja akan sering berurusan dengan mereka..

4. Mengetahui portfolio jawatan syarikat

Sebagai orang baru, korang haruslah mengenali dan mengingati setiap jawatan penting  dalam sesebuah syarikat (top management). Manalah tahu, mungkin korang tiba-tiba terserempak dengan mereka sekurang-kurangnya beri salam pernghormatan pada mereka.

Ramai pekerja baru terutamanya dalam kalangan graduan muda menganggap perkara ini sesuatu yang remeh. Ini akan menyebabkan mereka akan ada satu anggapan yang kurang bagus untukkorang dikemudian hari. Ingat tu!

5. Kuasai Segala Sistem Syarikat

Setiap syarikat mempunyai sistem data yang berlainan. Jadi sebagai pekerja baru, korang harus mempelajari dan mengetahui dengan “detail” supaya mahir untuk mengendalikannya di kemudian hari. Saat korang masih baru ini lah masa yang paling ngam tanya mereka kalau ada perkara yang korang tak faham. Jangan nanti bila dah lama baru nak tanya, itu yang kena marah tu.

6. Terapkan Budaya Syarikat Baru Dalam Diri

Ketahui budaya yang diterapkan di syarikat itu. Budaya yang kami maksudkan seperti datang awal dan balik lambat ditempat kerja. Sekiranya budaya ini diterapkan disitu.. Korangharus mengikutnya lagipun ia suatu yang bagus kan? Bagimanapun, ia bergantung kepada syarikat tersebut.