Dah Update Ke Belum? Instagram Kini Tambah 'Hashtag' Di Ruangan Bio Korang
# Trending Semasa

Dah Update Ke Belum? Instagram Kini Tambah 'Hashtag' Di Ruangan Bio Korang

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 23, 2018
pada 5:08 PM

Korang dah update Instagram ke belum?

Jika belum, cepat update sekarang kerana Instagram sekarang ada buat pembaharuan tau!

Melalui edit profile korang sekarang boleh mengeksperikan diri korang melalui hashtag dan mention '@' di bio korang tau! 

Kini kedua-dua ciri baharu ni berfungsi sama seperti post biasa.

Ciri tersebut membolehkan rakan-rakan dan pengikut korang melihat posting yang menggunakan hashtag yang sama atau akaun yang korang mention menggunakan ‘@’. Perlu diingatkan bahawa orang yang korang mention akan menerima notification dari pihak Instagram. Haaa, hebat tak Instagram sekarang!

 

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan aplikasi Instagram korang di update dengan versi terkini. Jika ya, buka aplikasi Instagram sama ada versi Android atau iOS.

Kemudian, pergi ke halaman Profile yang butang di bahagian bawah kanan skrin.

Selepas itu, pilih Edit Profile.

Nah, sekarang masukkan hashtag atau link akaun Instagram lain di bahagian Bio. Untuk hashtag, korang diwajibkan letak simbol “#”, untuk link akaun pula letak simbol “@”.

Ciri ini sangat bagus kerana jika korang mempunyai satu hashtag khas yang sudah dicipta sejak dahulu lagi, pengikut korang boleh terus tekan pada hashtag berkenaan dan melihat gambar-gambar yang di-tag bersama hashtag berkenaan.

Jangan lupa update Instagram korang untuk mendapatkan ciri terbaharu tersebut. Selamat mencuba!