Darah Korang Tu Sebenarnya Boleh Di Dermakan Kepada Jenis Darah Lain Tau!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Darah Korang Tu Sebenarnya Boleh Di Dermakan Kepada Jenis Darah Lain Tau!

post by Izuan

by Izuan

May 18, 2017
pada 10:52 AM

Walaupun sel darah merah mempunyai elemen asas yang sama dalam tubuh badan kita, tak semua jenis serupa dan padan dengan tubuh badan orang lain. Hakikatnya, terdapat 8 jenis sel darah merah  berbeza yang ditentukan oleh zat-zat tertentu.

Oleh sebab itu ada zat-zat tidak baik yang boleh menjejaskan sistem imun pesakit dan memberi kesan terhadap sel darah kita yang menyebabkan kekuranan darah. Ramai individu di luar sana kekurangan darah dan memerlukan ihsan daripada kita yang sempurna sifat ini untuk mendermanyakannya.

8 Jenis Darah

  1. O +
  2. O -
  3. A +
  4. A -
  5. B+
  6. B-
  7. AB +
  8. AB -

Rasanya anda dah tahu jenis-jenis darah ini, untuk menderma darah kepada seseorang, jenis-jenis darah harus diketahui untuk memastikan padanan sesuai. Ianya selamat, mungkin ramai yang tidak tahu betapa besarnya sumbangan anda jika menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Setiap Jenis Darah Boleh Diberikan Kepada Jenis-Jenis Darah Yang Lain!

Pasti selama ini anda beranggapan bahawa hasil dermaan darah itu hanya boleh diberikan  kepada jenis darah yang sama sahaja kan? Salah! Setiap jenis darah diatas kalau didermakan boleh diberikan di padankan dengan jenis-jenis darah lain yang tertentu.

Ya! inilah sumbangan besar yang anda telah lakukan, kemungkinan anda sudah menyelamatkan lebih daripada satu nyawa! Jadi ketahui padanan yang boleh dilakukan mengikut jenis darah ini.

1) Padanan Darah O +

  • O +
  • A +
  • B +
  • AB +

2) Padanan Darah O -

  • O +
  • O -
  • A +
  • A -
  • B+
  • B-
  • AB +
  • AB - .... Semua!

3) Padanan Darah A +

  • A +
  • B +

4) Padanan Darah A -

  • A +
  • A -
  • AB +
  • AB -

5) Padanan Darah B +

  • B +
  • AB +

6) Padanan Darah B -

  • B +
  • B -
  • AB +
  • AB -

7) Padanan Darah AB +

  • AB +

8) Padanan Darah AB -

  • AB +
  • AB -

Walaupun AB+ tidaklah seperti jenis darah lain, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan, setiap 2 saat manusia di dunia ini memerlukan darah. Jadi, jika anda mendermakan darah anda telah menyelamatkan nyawa individu lain diluar sana.

Video