DBKL Buka Pendaftaran Sewa Bilik Serendah RM100 Sebulan, Golongan Bujang Boleh Mohon Sekarang Di Sini!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

DBKL Buka Pendaftaran Sewa Bilik Serendah RM100 Sebulan, Golongan Bujang Boleh Mohon Sekarang Di Sini!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 25, 2019
pada 12:34 PM

Pembukaan Pendaftaran Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur 

Berita gembira buat golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa serendah RM100 sebulan menerusi perkhidmatan Perumahan Bandar atau 'Micro Housing' yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL)


Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sementara sehingga mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.

- Kategori sewaan bilik adalah mengikut bilangan katil yang disediakan di setiap bilik mengikut tingkat di dalam bangunan tersebut, iaitu:

  • 1 bilik (4 katil)
  • 1 bilik (6 katil)

- Tempoh penyewaan adalah:

  • 12 bulan (minimum)
  • 18 bulan (maksimum) 

- Syarat-syarat penyewaan:

  • Warganegara Malaysia
  • Bersatus Bujang (Belum berkahwin)
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Pendapatan tidak melebihi RM 2,000 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019)
  • Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja dalam lingkungan 5 km radius dari perumahan bandar)
  • Tidak memiliki rumah
  • Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi 25 km radius dari perumahan bandar
  • Tidak mempunyai kereta 
  • Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (pelajar tidak layak)

Pendaftaran permohonan telah dibuka sejak 20 Ogos lalu dilaman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my.

Maklumat lanjut di laman rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau layari http://www.dbkl.gov.my