Definisi Sebenar 5 Hari Bekerja Korang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Definisi Sebenar 5 Hari Bekerja Korang - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 21, 2016
pada 1:45 AM

Waktu minggu kerja lah korang akan buat peraturan sendiri untuk naikkan semangat nak buat tugasan kan? Setiap minggu berbeza-beza. Bukan tak pergi kerja tapi setiap hari ada definisi tersendiri yang kita semua alami. Haa jangan tipu, korang mesti rasa semua ni untuk 5 hari bekerja korang kan?

 

1. Hari Isnin..Berkabung

Kalau ikutkan definis sebenar jauh dari hari korang, suram tak payah cakap lah kan. Secara rasminya hujung minggu korang hilang macam tu je. Hari Isnin lah korang kenangkan kembali waktu-waktu kerja 40 jam seminggu korang. Hari pertama setiap minggu baru, jadi kena lah start fresh kan? Idea baru, alasan baru, kerja baru, Overtime & lain-lain.

2. Selasa..Otak baru nak jalan

(Secara jujurnya) hari yang sebenar minggu kerja korang bermula. Tugasan yang korang lengahkan hari Isnin akhirnya jumpa jalan sebenar untuk korang betul-betul fokus ataupun mula rangka sikit-sikit. Secara teorinya, hari ni lah bermulanya korang lakukan & siapkan semua tugasan. Kalau nak ikutkan Tuesday is the new Monday. Korang baru terbangun dari angau hari minggu.

3. Rabu..Kerja macam Lipas Kudung

Hari Rabu lah waktu korang bekerja tak lekang dek mata. Semuanya laju, korang dah dapat pick up balik semangat kerja. Walaupun tugasan banyak nak mampus, jari & mata korang seolah-olah dah dicas kuasa penuh untuk siapkan kerja. Waktu ni, semuanya serious sebab korang bersemangat nak sambut kembali hari minggu yang telah memanggil-manggil tu. Produktif, motivasi diri tu datang membuak-buak nak buat kerja walaupun boss korang mood swing. 

 

4. Khamis..Kemuncak professionialism

Waktu ni lah korang mula susun strategi, touch up balik tugasan yang korang rasa tak berapa power lagi nak submit. Lepas satu tugasan, korang dah mula fikir apa langkah yang seterusnya boleh dibuat untuk tugasan yang lain. Hari ni korang kerja keras sikit untuk bagi ganjaran waktu hujung minggu nanti. Boleh lupakan segala hal di pejabat sebab korang akan siapkan semuanya sebelum balik cuti hjung minggu.

5. Jumaat..Gerak dulu bro

Hari paling slow sekali di antara yang lain, betul tak? Walaupun semua deadline kena settlekan harini, tapi badan & otak korang terasa amat lah susah nak buat apa pun. Datang kerja awal, semuanya korang buat teratur sebab nak balik awal! Harini merupakan hari yang korang patutnya rileks sikit sebab dah bertungkus lumus kerja jadi korang nak lay off sekejap. Apa-apa kerja yang boleh korang tangguhkan ke hari Isnin, korang akan buat. Boleh je tunggu kan? Melainkan URGENT korang akan buat.