Dibuang Kerja? Korang Layak Dapat RM600 Sebulan! Begini Caranya...
# Trending Semasa

Dibuang Kerja? Korang Layak Dapat RM600 Sebulan! Begini Caranya...

post by sofea

by sofea

Oct 19, 2018
pada 7:39 AM

Tahu tak tentang elaun yang boleh dapat kalau kehilangan kerja dalam tahun ni? Elaun yang juga merupakan faedah interim ini adalah termasuk di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) yang berjumlah sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan. Tapi! Elaun ini hanyalah untuk korang yang hilang kerja sebelum 31 Disember 2018!

Elaun ni bukan dapat macam tu je, bagi yang layak mendapat bantuan interim ni, dalam masa yang sama perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Melalui program ini, tahap employability / kebolehkerjaan akan meningkat. Dah lah dapat duit, dapat join program lagi tu!

Nak tahu lebih mendalam lagi? Teruskan baca sampailah ke penghujung artikel.

Apa Objektif Interim Ni?

  • Sebagai sokongan kewangan kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan.
  • Meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan (employability) pencarum melalui bengkel kerjaya.

Siapa Yang Layak Mendapat Bantuan Interim? 

Lebih Info Tentang Interim:

Rajah 1

Lebih Penjelasan Untuk Rajah 1:

  • Jumlah elaun yang akan diterima adalah sebanyak RM600 sebulan dalam masa maksimum selama 3 bulan.
  • Dalam masa yang sama korang dapat elaun tu, korang kena melaporkan aktiviti mencari kerja yang dibuat. Kalau korang tak buat apa-apa, elaun tidak akan disambung. 

 

Rajah 2

Lebih Penjelasan Untuk Rajah 2:

  • Permohonan tuntutan atau elaun interim akan ditolak kalau korang tak ikut syarat yang diberikan seperti tak aktif mencari kerja (sekurang-kurangnya hadiri 5 interview sebulan).
  • Kalau korang dibuang kerja selepas 31 Disember 2018, tidak layak untuk sertai program ini (Untuk yang kehilangan kerja selepas 31 Disember 2018, korang layak untuk dapat Elaun Mencari Pekerjaan, EMP dengan syarat-syarat tertentu yang akan dijelaskan dalam artikel akan datang).
  • Untuk yang memiliki 2 kerja dalam satu masa juga, tidak layak untuk mendapat bantuan interim MELAINKAN kehilangan kesemua pekerjaan (Untuk yang kehilangan salah satu kerja selepas 31 Disember 2018, korang layak dapat Elaun Pendapatan Berkurangan, EPB dengan syarat-syarat tertentu yang akan dijelaskan dalam artikel akan datang).

Rajah 3

Lebih Penjelasan Untuk Rajah 3:

  • OB / Pencarum hanya boleh menuntut SEKALI sahaja program Interim ni, dan hanyalah untuk tahun 2018 SAHAJA. 
  • Hilang kerja selepas 31 Disember 2018? Boleh dapat faedah EMP (Elaun Mencari Pekerjaan) atau EPB (Elaun Pendapatan Berkurangan) yang akan dijelaskan dalam artikel akan datang. 

Cara untuk membuat tuntutan interim:

1. Isi borang permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh LOE (Pengesahan Kehilangan Pekerjaan): BORANG PENDAFTARAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA INTERIM 

2. Kemukakan semua bukti kehilangan kerja seperti di bawah:

3. Ikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO.

4. Setelah mendapat kelulusan, bayaran bantuan interim akan dimasukkan terus dalam akaun bank pemohon.

5. Jangan lupa! Korang kena melaporkan aktiviti-aktiviti mencari kerja tu kepada PERKESO setiap bulan untuk dipertimbangkan sama ada korang masih layak mendapatkan bantuan interim untuk bulan seterusnya. Kalau korang relaks je tak cari kerja, bantuan ni akan dihentikan.