Diperli Datin Shahida, Balasan Dr. Amalina Ini Buat Datin Tersentap
# Trending Semasa

Diperli Datin Shahida, Balasan Dr. Amalina Ini Buat Datin Tersentap

post by sofea

by sofea

Nov 18, 2018
pada 2:41 AM

Dah lama rasanya perkongsian yang dibuat oleh Dr. Amalina tentang keburukan penggunaan arang untuk mencantikan gigi, tapi secara tiba-tiba naik pula kes Datin Shahida triggered disebabkan perkongsian Dr. berkaitan arang ni. 

Tweet Dr. Amalina pasal arang ni sebenarnya dah dibuat lama:

 

Kenapa Datin Shahida terasa? Sebabnya, D'Herbs ada mengeluarkan produk berasaskan arang untuk gigi ni:

Kes perli ni bermula selepas seseorang membuat komen di dalam salah satu pos Datin Shahida yang mengaitkan Dr. Amalina:

Disebabkan komen sebegini daripada Datin Shahida dan ada orang yang tag Dr. Amalina, beliau pun membalas:

"Salam puan, ada orang tagged saya di sini. Jadi, saya terpanggil untuk membuat kenyataan.

Saya memberi nasihat perubatan kepada semua orang berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang doktor dan apa yang saya belajar. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk memberi maklumat sebenar.

Saya tidak pernah pun menyebut produk puan atau suami puan. Ramai lagi doktor lain yang memberi nasihat yg sama cuma tidak menjadi viral di sosial media. Saya mengatakan fakta benar berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun- tahun. Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Saya tak pernah pun condemn produk puan. Saya cuma mahu rakyat Malaysia berhati-hati dan mendapat nasihat doktor dulu sebelum membeli apa2 produk. Sudah ada banyak produk di pasaran (walaupun dikatakan ada kelulusan KKM) yang telah merosakkan organ dalaman. @rafidah72, pakar sakit pinggang adalah antara specialist yang mengendali ramai pesakit sebegini. Kami mahu rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat, itu sahaja permintaan kami, kerana kami para doktor yang merawat pesakit2 ini.

Saya doakan yang baik2 sahaja dan semoga dimurahkan rezeki. Selamat menjalani ibadah Umrah. Terima kasih."

Korang boleh lihat screenshotnya perbualannya di sini:

Ini pula komen netizen tentang situasi yang berlaku:

Peringatan bukan bermakna nak condemn. Nasib baik ramai rakyat Malaysia yang tahu membezakan dua perkara ni. Moral daripada kisah ni, sebelum membuat sebarang pembelian, rajin-rajinkan buat kajian saintifik, bukan sekadar mengikut orang ramai atau tergoda dengan testimoni dan taktik-taktik marketing. Yang akan merana nanti kesihatan diri sendiri jugakan?