Duit Takkan Berhenti Masuk Kalau Buat 10 Perkara Ni
# Gaya Hidup

Duit Takkan Berhenti Masuk Kalau Buat 10 Perkara Ni

post by sofea

by sofea

Jul 18, 2018
pada 2:15 AM

“Serabutnya otak! Banyak sangat benda tak settle, duit tak masuk-masuk, apa aku nak buat ni!?” Pernah tak korang alami situasi macam ni? Bila jiwa tak tenang, muka pun ketat, bila muka ketat, orang takut dengan korang, bila orang takut, takde sape nak cakap dengan korang, so, forever alonelah korang dengan otak  yang berserabut.

 

Tapi sebenarnya korang tak patut biarkan diri dalam situasi macam tu, bangun dan sejukkan hati korang dengan wuduk. Kemudian buat semua tips ni untuk finally ubah hidup kurang 100%, ya gerenti berubah 100%, dari depression kepada sorang yang happy-go-lucky, dari miskin kepada kaya-raya, dari sakit kepada sihat tahap hyper. Teruskan baca.

1. Rajinkan Membaca Surah Al-Waqiah

 "Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.” (H.R.Ibn Sunni)

2. Selalu Bersolat Dhuha

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3. Sentiasa Beristighfar

“Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

4. Membaca Zikir Sesudah Solat

Korang tahu kan dosa tu sangatlah menyesakkan dada dan boleh menyempitkan hidup. Sebab tu, korang kena perbanyakkan istighfar dan memuji Allah dengan zikir. Zikir paling mudah adalah ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, dan ‘Allahu akhbar.’ 

Nabi Muhammad berkata: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: “Mahu wahai Rasulullah.” Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang. 

5. Perbanyakkan Sedekah

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji,. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” (Al Baqarah: 261). 

6. Ringankan Lidah Untuk Membaca Zikir Ini

Bacalah Laa hawla wala quwwata illaa billah (Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) sebanyak 300 kali atau 100 kali setiap hari, boleh dibahagikan selepas 5 solat fardhu (100/5 = 20 kali).

7. Rajinkan Memohon Keampunan Kepada Allah

Setiap hari, sedar tak sedar dah berapa banyak dosa yang kita buat, dalam satu jam tu pun tak semestinya kita suci dari dosa, haih… dugaan dunia. Nak pastikan hubungan kita sentiasa baik dengan Pencipta, rajinkanlah membaca istighfar 100 kali setiap hari. 

8. Menutup Malam Dengan Solat Sunat 2 Rakaat

Lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur. Korang boleh baca surah Al-Kafiruun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. 

9. Jadikan Solat Tahajud Sebagai Habit

Teramatlah banyak kebaikan bersolat tahajud ni, contohnya boleh menjadi pembersih dosa, melepaskan ikatan syaitan, Allah akan memakbulkan doa, mendapat kemuliaan, menghilangkan penyakit hati dan fizikal, serta banyak lagi. Yang penting sekali, solat tahajud akan membantu kita di akhirat nanti. 

10. Bahagiakan & Sentiasa Mendoakan Ibu bapa 

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Tak susah untuk bahagia dan murah rezeki, bukan sahaja di atas muka bumi ni, tapi juga untuk kebahagian dekat sana nanti, dan yang bestnya kesemua amalan ini bukan sahaja akan melipatgandakan rezeki korang dalam bentuk wang ringgit, tapi juga kesihatan, dan kebahagiaan dalam setiap pelusuk kehidupan. 

Suggestion kitorang, buat satu checklist dalam phone korang untuk selesaikan kesemua 10 amalan setiap hari, paling kurang adalah 40 hari berturut-turut. Disiplinkan diri korang untuk jadi someone yang jauh lebih positif daripada dulu, dan kaya, insyaaAllah...

Ingat: SUCCESS IS HABITUAL. 

Mulakan hari ni!

"The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now."