Dulu Jual Tudung RM5 Di Jalan TAR, Kini Pengasas 'Bawal Exclusive' Hasilkan Tudung Bernilai RM33K!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Dulu Jual Tudung RM5 Di Jalan TAR, Kini Pengasas 'Bawal Exclusive' Hasilkan Tudung Bernilai RM33K!

post by Nazatul

by Nazatul

Aug 11, 2021
pada 4:07 PM

Dulu Jual Tudung RM5 Di Jalan TAR, Kini Pengasas 'Bawal Exclusive' Hasilkan Tudung Bernilai RM33K!

20 tahun bukanlah jangka masa yang singkat untuk membina jenama sehingga dikenali ramai kerana sepanjang tempoh tersebut.

"Bayangkan, satu ketika dulu tudung bawal pernah mengalami kejatuhan kira-kira 18 tahun lalu. Ketika itu, saya sedang hamil anak pertama. Sehinggakan hendak membeli manggis kerana mengidam juga tidak mampu. Kehidupan ketika tu sememangnya sukar."
 

Bermula di pasar malam, kemudiannya berniaga di kedai kecil (arked) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Haliza mendaki anak tangga kejayaan dari bawah.

Kisah kejayaan Bawal Exclusive tidak disulami jalan pintas. Mengimbau permulaan pada 1998, ketika tudung dijual tanpa label atau jenama. Seperti peniaga lain, Haliza bersama suami, Rosli Awang mengambil stok tudung daripada pembekal.

Persaingan sesama peniaga ketika itu sangat tinggi. Apatah lagi masing-masing menjual barangan yang sama.

Tudung bertatah permata, ribuan ringgit

Tidak ada sesiapa yang menyangka menjual sehelai tudung bawal boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit, namun bagi pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, 40, ia bukanlah mustahil.

Tudung ini diperagakan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Bawal Exclusive Ke-20 di The St. Regis Kuala Lumpur baru-baru ini yang mana Bawal Exclusive turut memperkenalkan rekaan tudung koleksi edisi terhad sebanyak 20 helai. 

Sehingga kini rekod paling mahal sehelai tudung bawal yang dibeli pelanggannya berharga RM33,000.

Menurut Haliza, tudungnya boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit kerana ia bertatahkan batu Swarovski.

“Lagi banyak batu dan hiasanya maka lagi tinggilah harga tudung tersebut,” kata pengasas itu.

Mengambil inspirasi daripada lambaian pohon Dandelion

Diilhamkan daripada bunga Dandelion, tudung bawal rekaan pasukan pereka Swarovski Wattens berjaya menghasilkan sebuah rekaan tudung bawal dengan harga yang mencecah RM33,000!

Menjadikan tudung bawal ini memegang status sebagai tudung termahal pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive.

Mengambil inspirasi daripada lambaian pohon Dandelion yang sentiasa melepaskan benih-benih halus yang menghasilkan pemandangan indah buat sesiapa yang melihat.

Mengetengahkan warna feminin untuk helaian tersebut bagi menyerlahkan jiwa muda si pemilik tudung, pereka mengambil masa selama empat minggu untuk menyiapkan rekaan akhir selepas tujuh lakaran pertama tidak memuaskan hati mereka.

Sebanyak 16,641 biji kristal pelbagai bentuk, saiz dan warna dipilih untuk menghasilkan rekaan yang cukup mewah ini dan cabarannya terletak pada susun atur kedudukan kristal yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kilang Bawal Exclusive.

Jika tersalah tampal, tudung boleh dikira rosak!

Tudung bawal yang cukup eksklusif ini menjadi milik seorang usahawan dari negeri Cik Siti Wan Kembang, yang merupakan peminat setia jenama Bawal Exclusive.

Pelbagai corak dan warna yang merupakan rekaan terkini dan eksklusif yang tidak pernah dilihat, dijual atau dihasilkan sebelum ini.

SUMBER: Nona