Dulu Kecoh Isu Basuh Pinggan Guna Lopak Air, Kali Ni Restoran Mamak Ni Pula Buat Hal!
# Trending Semasa

Dulu Kecoh Isu Basuh Pinggan Guna Lopak Air, Kali Ni Restoran Mamak Ni Pula Buat Hal!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 10, 2018
pada 12:59 AM

Dulu kecoh isu Restoran Raj's Banana Leaf, di mana tularnya video pekerja restoran yang basuh pinggan dalam air lopak. Kali ni restoran mamak ni pulak buat hal! Ah sudah, kali ni isu apa pulak?

 

 

Restoran mamak yang terletak di Taiping, Perak ini dikatakan tidak lepas ujian pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Restoran tersebut tidak bersih langsung dan makanan yang disediakan pun tidak menepati peraturan yang ditetapkan. Terdapat dakwaan mengatakan di mana restoran tersebut menyediakan ayam goreng yang telah diwarnakan dengan pewarna yang tak selamat supaya ayam goreng tu nampak sedap dan lebih menyelerakan!

 

Sumber dari: Malaysian Spice

 

Pengarah Kesihatan Perak, Ding Lay Ming berkata pihak berkuasa sedar akan dakwaan tersebut dan dah merampas barang-barang yang disyaki berbahaya untuk dikaji. Tambahnya lagi, kedai mamak tu pun dah ditutup sejak 31 Mei lepas dan akan dibuka lepas 14 hari. Kemudian terpulanglah kepada kedai mamak tersebut untuk buat sebarang perubahan.

Beliau turut mengesahkan pewarna yang digunakan kedai makan tersebut memang berbahaya dan tindakan akan diambil dengan segera.